~ warga asing bunuh warga asing, selamatkah negara kita? ..


Penjaga Kebun Ditemui Mati Di Ulu Yam Lama

Warga Myanmar Mati Ditetak 
KUANTAN – Seorang warga Myanmar mati ditetak sekumpulan lelaki dipercayai dari negara itu juga dalam satu kejadian berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin.
Mangsa yang belum dikenal pasti itu mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan, kata Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya.
Beliau berkata orang awam melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan, di kampung berkenaan, dalam kejadian 2.30 petang semalam.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata beberapa lelaki Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
“Punca kejadian juga masih disiasat,” kata Johari. – BERNAMA

Kes Bunuh Rakyat Pakistan Selesai
Warga Myanmar Mati Dibunuh Di Rompin
Mayat Lelaki Mangsa Bunuh Ditemui Terapung
IPOH – Polis percaya dapat menyelesaikan kes bunuh dua lelaki rakyat Pakistan di bawah jambatan di Km 8.9 Jalan Gerik-Kupang 17 Okt lepas berikutan tangkapan lima lelaki baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata kelima-lima lelaki berusia 30-an dan terdiri dari tiga rakyat tempatan dan dua rakyat asing itu ditahan di Kulim, Kedah, minggu lepas.
Polis kini ingin mengesan tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu iaitu Shahid@Shahim (rakyat Bangladesh), berusia 40-an yang beralamat terakhir Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah; Mohamad Shukri Shake Husin, 28, alamat terakhir di No 1005 Lorong Anggsana 28, Taman Keladi, Sungai Petani; dan Najili Pakker Mohamad @Zali, 38, alamat akhir di 26A Jalan 2 Taman Cengal Jaya, Sungai Petani.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di nombor telefon             05-7912222      untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Rabu.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati motif kejadian itu berpunca daripada balas dendam bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.
Dalam kejadian pada 17 Okt lepas, dua lelaki rakyat asing ditemui mati manakala seorang cedera parah dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di bawah jambatan di Km8.9, Jalan Gerik-Kupang, kira-kira 190km dari sini.
Ketiga-tiga rakyat Pakistan itu ditemui pada kira-kira pukul 12 tengah hari oleh orang awam yang sedang mencari sayur pucuk paku di bawah jambatan itu. - BERNAMA

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh Ditemui Terapung


BALIK PULAU -  Mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya diikat yang dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung di pesisiran pantai Batu Maung di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Superintendan Hatta Mohd Zain, berkata mayat itu ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari pesisiran pantai oleh seorang pekerja pembinaan jambatan kedua.
“Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu sudah seminggu dicampak ke dalam laut berdasarkan keadaan mukanya yang hancur dan juga reput di beberapa bahagian anggota,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan doktor di Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mati akibat lehernya dikelar.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – BERNAMA
Jurujual Kain, Penganggur Berdepan Hukuman Mati


1 comment: