Sex sebelum nikah merupakan zina yang termasuk dalam dosa-dosa besar. Dalam hukum Islam, penzina akan dihukum rejam sampai mati. Kepada penzina-penzina bertaubatlah sebelum terlambat. Semuga segala dosa-dosa zina itu akan diampuni Allah sebelum mati.
1. Sex sebelum nikah menyebabkan kamu akan dihantui perasaan bersalah.
Sekali kamu melakukannya dan meskipun mungkin tidak ada seorang pun yang tahu, rasa bersalah akan selalu menghantui. Bahkan boleh jadi kamu akan menjadi benci pada dirimu sendiri kerana tidak boleh menolak tekanan untuk melakukan hubungan sex untuk kali seterusnya. Perasaan seperti ini memang tidak mendominasi, tapi biasanya akan selalu muncul setiap waktu dan akan selalu menjadi sebahagian dari diri kamu...
2. Kerana kamu boleh menjadi “sexual person“ dan segala sesuatunya tidak akan pernah lagi sama seperti semula.
Seperti kalau pernah mencuba sesuatu benda baru, maka ada saatnya rasa mahu mengulangi atau ketagihan akan datang. Akibatnya, fikiran akan dipenuhi dengan sex dan menggangu konsentrasi untuk hal lainnya.
Dengan kata lain : kamu dewasa sebelum waktunya...
3. Sex sebelum nikah akan mengubah cara pandangmu tentang sex – selamanya.
Sex seharusnya sesuatu yang sangat indah jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Tapi jika dilakukan sebelum menikah, maka boleh jadi sex berubah menjadi sebagai suatu yang hambar dan tawar selepas menikah. Cara pandang ini boleh terus tertanam di benak kamu untuk mengelak dan menjauhi sebelum diakad nikah.
4. Kamu akan sulit lepas dari “the first one”
Perempuan pasti tidak akan melepaskan lelaki yang telah diberikan daranya dengan mudah. Ini kerana perempuan takut jika rahsianya yang tidak ada dara lagi diketahui oleh BF barunya.
5. Kerana hubungan kamu boleh berubah menjadi “all about sex“
Pasangan pranikah yang telah melakukan hubungan sex biasanya akan selalu mempunyai hidden agenda. Bila dan di mana akan melakukannya…. Tidak jarang kerana jadual rahsia ini mereka harus berbohong, kepada siapa saja. Apakah benar-benar tulus atau kerana cuma sex. Bahkan terkadang sedang bergaduh hebat pun akan langsung menjadi baik cuma gara-gara sex.
6. Sex sebelum nikah, maka kamu tidak akan pernah menikmati surganya bulan madu
Kerana sudah biasa melakukan hubungan sex sebelum nikah, maka bulan madu yang mestinya asyik, romantis & mendebarkan.. akhirnya jadi seperti percutian biasa. Jadi tiada kenangan terindah yang berkesan dalam hidup kamu.
7. Kerana sex sebelum nikah kamu dihantui sesalan seeumur hidup dan dibayangi dosa silam
Kerana tergesa-gesa melakukan sex seawal usia dengan lelaki sebarangan akhirnya kamu pasti dihantui sesalan seumur hidup. Hilang dara bukan ditempat yang sepatutnya. Dihantui dosa zina bila diusia tua. Melahirkan anak luar nikah, dan menyesal menyerahkan bayi itu kepada orang. Atau mungkin anda pernah melakukan pengguguran haram. Membunuh bayi kamu sendiri? atau dan atau banyak lagi pekara yang hanya kamu saja yang tahu.
skrg ni....hmmm...
ReplyDeletextau la....org mcm mkin bangga je...
masa lawa & muda bangga laa, nanti bila dah berumur & berpenyakit baru menyesal, banyak kisah macam ni boleh kita baca kat media..
ReplyDelete