~ saintis bantu ibu bunuh diri ..

New Zealand – Seorang pakar forensik dari Afrika Selatan diperintah menjalani tahanan dalam rumah selama lima bulan selepas mengaku membantu ibunya yang berusia 85 tahun dan tenat, membunuh diri di Dunedin, Pulau Selatan pada 2006.
Sean Davison, sebelum ini berdepan hukuman penjara 14 tahun selepas didakwa di Mahkamah Tinggi bulan lepas.
Namun selepas pendakwaraya menukar dakwaan, dia bersetuju mengaku salah.
Hakim Christine French ketika membuat keputusan berkata, Dr Davison, 50, mengetahui bahawa dia melakukan kesalahan kerana membantu ibunya membunuh diri namun kesalahan itu dilakukan pada tahap yang paling rendah dalam kes berkenaan.
“Walaupun pada pandangan saya anda melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar, namun anda bertindak demikian kerana kasih sayang, bukan bertujuan mendapat keuntungan di atas kematiannya,” kata hakim tersebut.
Dr Davidson membantu mempercepatkan kematian ibunya yang sedang uzur dan tidak boleh makan selama beberapa minggu dengan memberikannya minum air bercampur morfin.
Dia melakukan perbuatan itu selepas didesak oleh ibunya.
Dr. Davidson ditangkap pada bulan September tahun lalu dan selepas dibenarkan ikat jamin, dia mengemukakan rayuan supaya kes berkenaan dibicarakan di Afrika Selatan.
Pakar forensik berkenaan dibenarkan pulang ke Afrika Selatan, tempat di mana dia menghabiskan masa selama 20 tahun di sana selepas menamatkan hukuman tahanan dalam rumah di New Zealand.
Saintis Dihukum Tahanan Dalam Rumah
Sean Davison

Dekat Malaysia ni pun ramai anak-anak yang macam ni. Katanya kerana kasihan. tapi yang sebenarnya mak cik rasa kerana malas nak jaga. 


Kalau kita yang beragama Islam ini, fikirkanlah dengan waras untuk melakukan pekara ini. Jika kita menjaga ibubapa yang uzur dan tidak berdaya, itu tandanya ALLAH sayangkan kita. 


Setiap detik malaikat bertasbih di atas nama kita dan berdoa syurga ganjaran untuk kita. Lagi lama kita menjaga ibubapa sepenuh jiwa raga dengan ikhlas, sabar dan kasih sayang, lagi banyak ganjaran pahala yang kita dapat. Tidak semua anak-anak berpeluang melakukah ibadat ini...

No comments:

Post a Comment