Suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu
gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh rindu.
Tiba Rasulullah SAW di rumah dan beristirahat melepas lelah. Aisyah ke dapur membuat minuman untuk suaminya. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah saw yang keletihan lagi dahaga meminumnya perlahan-lahan hingga hampir menghabiskan minuman itu. Tiba-tiba Aisyah berkata “ Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman itu kepadaku, tapi kenapa pada hari engkau tidak berbuat begitu?"
Rasulullah SAW hanya berdiam dan hendak terus menghabis air di dalam gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku, tapi kenapa pada hari ini engkau berbuat begitu?"
Akhirnya Rasulullah SAW memberikan gelas itu kepada isterinya. Ada sebahagian air yang tersisa di gelas itu lalu diminum Aisyah r.a. Sebaik air masuk ke mulutnya Aisyah r.a terus memuntahkannya.Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersadar bahawa minuman yang dibuatnya telah terbubuh garam dan bukannya gula. Lalu Aisyah r.a meminta maaf kepada Rasulullah atas kesilapannya itu.
Itulah sebagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Baginda tahu kesilapan yang dilakukan oleh isterinya. Tetapi tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawasanya akhlak yang mulia bisa kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita. Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk meneladani akhlak Rasulullah..
Akhlak Rasulullah memang TERBAIK!
ReplyDeleteAlhamdulillah aku lahir dalam keluarga ISLAM :)
Jom baca entri terbaru Harfiz :- Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Final Sukan SEA 2011|Stadium Gelora Bung Karno
terima kasih sudi berkongsi ilmu ini..
ReplyDelete