~ buat rendang sambil berdendang ..
Hari ini akak nak share resepi rendang daging. Akak sebenarnya bukan pandai masak, akan tetapi kerana dah terasa mood raya semakin hampir, tetiba teringin je nak share resepi ni. Respi ni pun akak copy paste je, tapi 3 dari 4 gambar ni akak punya.. jangan maraaa...
sedia untuk dihidangkan..
Kepada yang berminat boleh cuba, special tau, senang banyak nak membuatnya.. terutama kepada orang yg sibuk dan tak minat duduk lama di dapur sesuai sangat laa ..
Bahan-bahannya ..
1: 2 kilo daging.
Ikut suka lah daging ayam ke, daging kambing ke, daging unta, ke daging kuda ke, daging landak ke, daging lembu ke, daging rusa kijang ke... tetapi mesti dalam sukatan 2 kilo ya ..
2: 1 kampit 400gm perencah Rendang Tok Pak Ngah.
Perencah rendang lain boleh cuba, tapi akak tak jamin menjadi ke tak, macam yang akak buat ni ya ..
Perencah yg siap dimasak ni boleh di beli di kedai2 runcit ataupun mungkin ada dijual di pasaraya yg berhampiran rumah anda. Harganya tak mahal, RM13 untuk 2 kilo daging..
gambar google > tQ
3: Santan kelapa.
Santan kotak boleh, santan serbuk pun boleh, santan ori pekat lagi bagus, kalau rajin parut kelapa, perah je santan dlm kuantiti satu cawan. Kalau tak nak pakai santan pun ok gak.
Cara-cara membuatnya..
Potong daging ikut suka. Saiznya kecik beso ke, beso kecik ke, suka hati memasing.. Kemudian masukkan 2 kilo daging yg telah dipotong dan dibersihkan ke dalam kuali. Masukkan santan pekat. Tambah air sehingga tenggelam daging dlm kuali tu. Rebus dengan api perlahan sehingga empuk.
telah dimasukkan perencah rendang
Setelah empuk, air rebusan hampir kering masukkan Perencah Rendang Tok Pak Ngah. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Senduk sikit dg sudu kuahnya yg dah pekat berkilat tu, masukkan ke dalam mulut untuk merasa masin masamnya. Kalau orang yg tak kuat masin kompom dan terasa masinnya.
Kalau masih tak terasa masin tak jadi hal boleh tambah garam. Kalau nak tambah gula pun tak pe, boleh.. apa2 hal ikut cita rasa memasing laa..
Bila sudah puas hati, senduk ke dalam pinggan cantik yg banyak bunga di tepi, sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama beraneka jenis nasi, roti, pulut, lemang, roti canai, nasi impit, nasi dagang dan sedap juga dimakan begitu saja. Kesedapannya hingga menjilat jari ... kalau tak percaya cuba laaa
label Perencah Rendang Tok Pak Ngah tu..
mudah, cepat, ringkas & sedappppp ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hye... nice blog.. kite da folo awk... jom singgah blog kita.. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com
ReplyDelete