~ alhamdulillah, legaaa, lepas sudah satu..

                                                                 gambar google> tQ

  Mulanya mmg malas nak tulis apa2 hari ni. Nak cuti, nak rehat je, maklumlah hari ni, hari cuti sedunia, hari Ahad, hari minggu.. Tapi tetiba teringatkan peristiwa hari Jumaat, nak juga rasanya dikongsi bersama, kalau lambat nak cerita kang, takut lupa lakk..

  Apa lagi hari ni cerita tentang anak2 laa..  Anak2 lelaki akak ni semuanya dah pandai bawak kereta, dari yg berumur 17, hinggalah yg 23 tahun. Masalahnya mereka ni tak ada lesen. Akak tahu mmg menjadi satu kesalahan bagi ibubapa membenarkan anak2 memandu tanpa lesen, tapi akak ni mmg dah betul2 kalah dg anak2..

  Akak sebenarnya tak pernah ajar anak2 akak memandu.. Tak tahu bila dia orang ni pandai memandu & dg siapa dia orang  belajar. Dg ayah dia dah tentu tidak, sbb ayah dia garang dan tegass..Tau tau je kereta lesap depan rumah, jadik panik sekejap, rupa2nya anak akak sendiri yg dah larikan ..

  Yang menjadi mangsanya kereta akak laa. Pantang lepa kunci kereta. Kekadang bila kereta ilang ayah mereka bising, menjadi satu tekanan yg maha hebat buat akak. Bagi nasihat, semmgnya mereka pun tahu menandu tanpa lesen menjadi satu kesalahan, tapi buat jugaa.. alahai anak..

  Pernah masa umur anak lelaki pertama berumur 15  tahun, akak tidur dg kunci disimpan dlm baju. Akak ni pelupa, jadi takut lupa dan anak amik kunci, kunci tu akak bawak tidur lee.. hehehe

  Akak tak tahu, tiap malam anak akak ni ronda satu kg dg kereta akak, nasib baik ada jiran tetangga yg report.. 

                                                                   gambar google> tQ

   Sekarang anak yg sulung dah 23.. hari Jumaat 5/08/2011 dah dapat lesen 'P' . Akak bersyukur sangat2. Mmg dah lama sebenarnya akak suruh dia amik lesen, tapi dia macam tak yakin nak laluinya.. pelikkan, bawak kereta x de lesen x takut, nak periksa amik lesen takut. Memandu kat kotaraya KL pulak.. mmg kena banyak sabarr..

   Dia melalui ujian bertulis 2 kali. Akak kira ok laa tu kalau dikira dia yg disleksyia di zaman sekolah. Pas tu parking, bukit & lebuhraya sekali lalu je. Rasanya mmg berbaloi laa sbb dia memandu tanpa lesen semenjak berumur 15 tahun...

  Sekarang akak pening dg anak yg no 3 & no 4 pulak. No 3, dah amik ujian bertulis fail, terus malas amik lagi. Dah puas dah akak nasihat.. buat dekk je..

  Yg no 4 pun pantang lepa kunci, memandu macam orang dah ada lesen. Perangai anak2 membuatkan akak serabut perutt & kekadang tak lena tidur ..

  Tetapi akak berdoa sentiasa supaya anak2 selamat walau di mana saja mereka memanduu. Sentiasa mengingatkan supaya mematuhi undang2 jalanraya walaupun x de lesen. Berhemah & bertoleransi mesti ada, bukan kereta kita je ada cukai jalan...

 Bimbang, takut dan ngeri melihat ttg kejadian kemalangan di jalanraya, kita tidak boleh mengelak dari menggunakan kereta di jalanraya, sbb kereta keperluan utama kita ..

  Wasalamm..

No comments:

Post a Comment