~ cerita terbaru Camelia, suami & anak..


Inilah Suami Penyanyi Camelia...

Masih ingatkah anda dengan penyanyi jelita kelahiran Sarawak, Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau Camelia? Lama sungguh tak dengar cerita dia sejak dikhabarkan bernikah dengan seorang usahawan berjaya.

Rupa-rupanya beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Akhbar Khan
Baru-baru ini pasangan Camelia dan suaminya itu telah mengadakan majlis cukur jambul di kediaman mewah mereka
Lalu dijemputnyalah sekumpulan pemain gamelan…nak dijadikan cerita, salah seorang daripada pemain gamelan itu juga adalah seorang blogger (http://yanayassin.blogspot.com).
Si blogger pun berkongsilah pengalamannya termasuk memasukkan gambar kenangannya bersama pasangan suami isteri itu dalam entrinya.
Hah apalagi…bila entri itu ditemui oleh portal hiburan dan forum, semua pakat ‘pick-up’lah cerita tersebut.
Ini antara tulisan blogger berkenaan sewaktu di rumah Camelia;
” Suami Camelia balik,… Kitaorg dah nak balik baru tau yang suami nyer seorang Dato’ Sri,… Sangat peramah, yang paling best offer kitaorg g Bali, fully Sponsor sebab Dato’ mmg ada rumah kat Bali,………. Fuhh !!!!, Best nyer kalau jadi kenyataan,… Amin…Mana lah kitaorg tau yang dia tue Dato’ sebab Camelia suh panggil tuan jerk, Camelia pun x bg panggil dia Datin,……… Sangat baik hokeeyyy !! layanan pun tip top,………Kita paling kagum tgk rumah nyer, dah macam hotel,… Decoration mmg cantik,… rumah pun besar, orang gaji pun ramai gak arrr !!!! “
Untuk rekod, perkahwinan pertama Camelia telah musnah lebih 10 tahun lalu.
Perkahwinannya dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak kekal lama tanpa dikurniakan sebarang cahaya mata.
Kali terakhir Camelia menghasilkan album beberapa  tahun lalu berjudul Untukmu.
Bagaimanapun selepas itu namanya terus hilang begitu saja tetapi di sebalik kehilangan itu, dia aktif sebagai duta produk kecantikan.
Kehilangannya itu bukan bermakna dia merajuk sebaliknya akui Camelia dia tidak mempunyai peluang untuk merakamkan album selain persaingan sengit dalam dunia hiburan.
Apapun semoga Camelia berbahagia dengan perkahwinannya kali ini, Amin Ya Rabbil Alamin – KREDIT UNTUK SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

No comments:

Post a Comment