Rasanya masih sempat mak cik mengucapkan selamat hari raya haji kepada semua anak-anak dan pembaca blog mak cik ni. Dalam masa dua tiga hari ni, memang mak cik langsung tak bukak pc untuk berfb ataupun berblog. Bukan tak de masa, mak cik memang nak ambik berkat cuti untuk rehat dan berhariraya bersama keluarga.
Lepas raya dan balik KL adalah dua tiga cerita yang nak mak cik kongsikan di sini. Tak de la menarik mana, cuma sekadar memulakan mood menulis selepas hari raya ni. Nak cari yang copy paste pun kena rajin juga explore kan... jadi buat cerita yang ada depan mata aje laa... harap-harap tak boring laa ceritanya.
Ni bukan gambar binatang anih ya. Ni gambar kucing. Tapi mukanya nampak pelik sikit sebab dah dijangkiti kurap. Bukan sikit tau dah berkeping-keping dah tak nampak mata. Kat telinganya dah berketul-ketul. Dekat tengkuknya lagi banyak, dekat seinci tebalnya, dek beratnya yg kat tengkok dah nampak senget si kucing ni berjalan. Kasihan betul mak cik menengoknya. Punya laa siksa dengan masalah kurapnya si kucing ni, makan yang mak cik bagi pun dia dah tak lalu. Mukanya yang ceria dulu, sekarang nampak moyok je
Mak cik habis fikir, tak tau nak tolong macam mana. Ada kawan kata cuba sapu dengan minyak api, tapi mak cik takut kena cakar, tak sampai hati ya juga, sebab pedih. Fikir punya fikir mak cik pegi kedai haiwan tanya kot-kot ada ubat sapu bagi hilangkan kurap ketul ni.
Mak cik tak pelihara kucen (kucing) dalam rumah, mak cik ada lelah. Cuma demi membantu sesama makhluk Allah, mak cik beri makan saja pada kucen yang melintas depan pintu dengan menu istimewa tau, bukan bagi nasi sejuk aje..
Dapat laa ... apek tu syorkan kerim sapu. Kerana perikemanusiaan mak cik beli satu tiub. Mula-mula mak cik sapu hari Jumaat. Hari kedua hari Sabtu sebelum mak cik bertolak balik Pahang. Tadi mak cik sampai ke KL, tengok dia tercokoh duk tepi pagar, tunggu mak cik balik ... Ada perubahan nampak kuping2 kat telinga tu dah tak ada. Kerana keletihan hari ni mak cik tak layan dia. Esok insyallah mak cik nak sambung buat rawatan... Nanti bila bulu dia dah ok mak cik suruh dia posing cantik2, nak bagi pembaca blog mak cik ni tengok ... hahaha ..
kerim kurap kucen yang mak cik beli..
Tentang biawak kisah kedua yang mak cik nak ceritakan di sini. Ni gambar real tau, bukan copy kat google macam biasa. Mak cik amik sendiri guna BB mak cik. Al kisahnya balik kampung umah kakak, umah tempat berkumpul biasa. Tak tau pulak memang ada biawak atas syiling bilik air. Nasib baik mak cik ni berani orangnya. Pertama kali diintai biawak tu, mak cik dapat kontrol jiwa. Ada ke tak terkejut, tetiba nampak kepala binatang ni atas syiling mengintai kita mandi....
Tapi binatang ni jenis tak takut orang. Dalam nisbah lima kali mak cik masuk bilik air sekali aje mak cik tak nampak dia. Nasib baik ada dua bilik air. Mana anak-anak dara kat umah tu yang takut, boleh pergi bilik air sebelah. Kalau setakat dia nak mengintai orang tua macam mak cik ni mandi apalah sangat kan.
Mak cik snap zoom dari pintu bilik air, tu tengok matanya mandang mak cik
Tak boleh nak salahkan biawak ni, dia pun nakkan tempat yang selesa untuk hidup. Apa tidaknya habitat binatang ni semakin mengecil kerana tindakan manusia sendiri, jadi nak cakap apa bila kita tetiba tinggal serumah dengan biawak? Kita kena belajar cara dia ke @ kita paksa dia belajar cara kita @ kita redhooo je. Tapi Mak cik rasa senang cari penembak tepat je, sekali dusss, selesai masalah. Tapi kalau mak cik, mak cik biarkan aje... bak kata salah seorang anak sedara mak cik, pandai dia naik tau laa dia turunnnn ...
Fakta: Biawak sejenis haiwan yang setia dalam percintaan. Seumur hidup biawak hanya berkahwin dengan pasangan yang sama dan akan setia sepanjang hayat.
haahahahaha....baik betul makcik selamatkan kucing kurap tu..xtakut kne jangkitan kuman ke??? huuuuuuuuuuuuuuu... anyway, org kate kalu byk haiwan dtg berteduh/dtg kat rumh kita, maksudnya rumah kita selamat dan rezeki datg... ^.^
ReplyDeleteentah lah LA, susah nak cakap soal hati mak cik ni kalau dah kesian. Mmg takut kena balik kat mak cik kurap tu, tapi tawakal aje laa... hehehe ..
ReplyDelete