~ belajar mengakui kesalahan ..







Seperti biasa, waktu pagi jalan di kota itu sesak. Seorang pemandu teksi memandu laju tanpa mempedulikan trafik lain yang berasak-asak perlahan. Teksi yang dipandunya terus menyelinap, sekejap ke lorong kanan, kemudian ke lorong kiri. Sesekali memotong barisan, tanpa mempedulikan kenderaan lain yang di kiri kananya. Cara pemanduannya itu membuatkan sebuah motosikal hampir terbabas dan melanggar pembahagi jalan akibat.


Sebaik tiba di sebuah bangunan, teksi itu berhenti dan menurunkan penumpang. Apa lagi penunggang motosikal itu pun  memberhentikan motosikalnya menjerit kepadanya.. "Hei! bodoh!! jalan ni ingat bapak kau punya ke?!!!!  sukeeeeee ati jeee... Orang ramai yang lalu lalang semuanya menoleh melihat apa yang terjadi...

Sebaik melepaskan kemarahan penunggang motosikal itu terus berlalu dengan muka yang mencuka tanpa memberi peluang pemandu teksi itu membela diri. 


Melihatkan motosikal itu terus memecut, meninggalkannya tanpa sempat membela diri, pemandu teksi tadi  menekan minyak, laju mengejar motosikal tadi.  Sampai di lampu merah dia berjaya memintas motosikal itu. Pemandu teksi menurunkan cermin tingkap dan menghulurkan tangan ke arah pemandu motosikal itu sambil tersenyum. Maafkan saya bang kerana membuat abang marah tadi...

Subhanallah....


Bagaimana jika anda berada di posisi pemadu teksi itu? Di maki di depan orang ramai, kemudian dengan tersenyum meminta maaf dan mengakui kesilapannya dan mahu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan...

Ramai orang sangat berat mengakui kesalahan. Dan selalu pula menyalahkan orang lain diatas kesilapan yang telah dilakukan.  Peristiwa di atas boleh dijadikan mengajaran indah. Lari dari kesalahan yang dibuat bukan cara yang sebaik-baiknya. Berani meminta maaf, walaupun kadang-kadang itu sangat pahit untuk dilakukan. Kadang-kadang tidak mengakuai kesilapan boleh menyebabkan pekara buruk berlaku.


Memang kadang-kadang kerana mengaku kesilapan, awak akan dibenci dan di hina. Tetapi rasanya lebih baik mengaku, dari kesilapan yang dilakukan itu jatuh kepada orang lain. 

Mengaku kesilapan dan meminta maaf dan bertaubat kepada Allah adalah sifat semulia-mulia insan. Seperti kisah di zaman nabi di mana seorang wanita Ghamidiyah yang langsung menghadap Nabi dan dengan terang-terangan mengaku berzina, seraya siap menerima segala risiko dari pertaubatannya itu demi membersihkan dirinya sehingga dia meninggal dunia bersih dari dosa zinanya itu.

Akhir zaman..., masing-masing takut mengaku kesilapan kerana takut menanggung risiko dunia... risiko akhirat bagaimana? 

No comments:

Post a Comment