Cedera
BAYAN LEPAS - Seramai 10 penumpang maut manakala 30 lagi cedera parah serta 35 cedera ringan dalam satu ‘kejadian’ yang mencemaskan kira-kira jam 1 petang di landasan sebelah kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang (LTABL) dekat sini, semalam.

Itulah antara senario dalam latihan kebakaran melibatkan penerbangan jenis A320-200 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madras yang mengalami kerosakan enjin di sebelah kanan dan berlaku kebakaran.

Pengurus Kanan LTABL, Mohd Arif Jaafar berkata, seramai 500 tenaga kerja melibatkan pelbagai jabatan dan agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat ,Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan St John Ambulance.

“Latihan ini turut mendapat kerjasama daripada International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan Department Of Civil Requirement iaitu ia adalah latihan wajib yang mesti dijalankan dua tahun sekali di semua lapangan terbang di seluruh negara.

“Latihan ini penting dalam memastikan semua agensi atau pasukan penyelamat yang terlibat melakukan persediaan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang melibatkan pesawat," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, untuk meningkatkan lagi keupayaan memadam api di lapangan terbang, pasukan penyelamat turut menggunakan empat unit 6x6 tender api baru jenis ‘Ultra Large Foam Tender. TQ Sinar Harian..