Diharapkan kita semua mengambil serius peringatan yang dicadangkan ini untuk menaik taraf sekuriti akaun-akaun laman sesawang kita. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan jugek 'kerahsiaan' penggunaan internet.
Yang selalu terdedah kepada penggodam sudah tentunya Login Username dan Password kita, betul tak?....
Kerahasiaan Tahap 1.
Sekiranya kita merasakan keperluan tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita berada pada tahap RENDAH, dicadangkan kita menggunakan cara kat bawah ni...
Ini adalah untuk memastikan takde siapa yang nampak kita menaip USERNAME dan juga PASSWORD...
Kerahsiaan Tahap 2.
Sekiranya kita merasakan keperluan tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita pada tahap SEDERHANA, dicadangkan kita menggunakan satu lagi cara di bawah ni...
Ini adalah untuk memastikan takde siapa yang nampak kita menaip USERNAME dan juga PASSWORD... serta takde orang nampak laman web apa yang kita sedang layari hehehe...
Kerahsiaan Tahap 3.
Sekiranya kita merasakan PERLUNYA tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita pada tahap TERTINGGI pula, dicadangkan kita menggunakan cara terakhir kat bawah ni...
Ini adalah untuk memastikan kita mendapat 'security' dan 'privacy' pada tahap GABAN hikhikhik ..
SEMOGA KESELAMATAN BERINTERNET TERJAMIN....
p/s : Pada rodong-rodong yang berminat nok bisnes.... ini boleh jadi satu perniagaan yang menguntungkan... bagi yang pandai mengait la.... Hehee.. lama tak buat pedo'oh....
No comments:
Post a Comment