~ Benetton tarik balik iklan cium mulut..


obama
Benetton Tarik Balik Iklan Cium Mulut
Rome – Syarikat pengeluar pakaian Itali, Benetton dikritik kerana tidak sensitif berhubung iklan yang memaparkan gambar ciuman pemimpin dunia dalam kempen promosi terbarunya.
Iklan tersebut memaparkan gambar Pope Benedict XVI bercium mulut dengan Imam Masjid Al-Azhar, Ahmed el-Tayyeb dan gambar ciuman sama antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Hu Jintao serta ciuman mulut antara Obama dengan Presiden Venezuela, Hugo Chavez
Ekoran penyiaran gambar iklan tersebut, Benetton menerima bantahan keras daripada Vatican, yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak boleh diterima dan menjejaskan imej Pope Benedict XVI.
Vatican juga bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat berkenaan bagi menghalang penyiaran gambar tersebut walaupun kepada media.
Syarikat itu juga diarahkan supaya menarik balik iklan kontroversi berkenaan dalam kempen dunia baru yang dilancarkannya itu.
Kempen dikenali sebagai UNHATE itu juga mengandungi beberapa gambar ahli politik dan pemimpin agama yang bercium mulut.
Dalam pada itu, Benetton dalam satu kenyataan ketika mengumumkan menarik balik iklan tersebut berkata, tujuan iklan itu diadakan ialah bagi membendung budaya kebencian dalam semua perkara
“Kami memohon maaf kerana mengguna imej tersebut dan tidak sensitif dalam perkara ini,” kata Benetton.

No comments:

Post a Comment