- Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
- Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu utuk engkau BERKONGSI ILMU.
- Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
- Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
- Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...
Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Pensel : Saya minta maaf. Pemadam : Untuk apa awak minta maaf? awak tak buat salah pun. Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil. Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dicipta untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih... . . Pemadam di atas diibaratkan sebagai Ibubapa. Manakala anak-anak pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi anak-anak dan membetulkan segala kesilapan yang dilakukan anak-anak. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil dan tidak berupaya di hari tua, akhirnya hilang meninggal dunia. Oleh itu hargailah pengorbanan ibubapa kamu & balaslah jasa mereka sebelum terlambat dan sebelum mereka pergi meninggalkan kamu.
No comments:
Post a Comment