SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf 'Penawar Bagi Hati' menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan > Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Bersopan dan bertertiplahketika mengadap rezeki...
1. Gelojoh ketika makan > Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Bersopan dan bertertiplahketika mengadap rezeki...
2. Banyak bercakap > Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Jadi kurangkan bercakap yang sia-sia untuk mengurangkan dosa...
3. Suka marah-marah > Naik angin tak tentu hala. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Akibat seterusnya boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan, seperti membunuh. Banyakkan bersabar, kerana sabar itu separuh dari iman...
4. Hasad dengki > Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim). Tiada faedah berhasad dengki sesama manusia kerana setiap rezeki anak adam itu ALLAH tentukan...
5. Kedekut & bakhil > Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah, berzakat dan membantu orang yang memerlukan. Sifat kedekut dibenci sekelian alam..
6. Bermegah-megah> termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. Bangga dengan kelebihan yang ada, umpamanya kecantikan dan kekayaan.
7. Cintakan dunia > Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim). Cintakan dunia, dunia akan mengejar kita. Cintakan akhirat dunia akan mengejarkan kita, renung dan fikir-fikirkan lah..
8. Ego atau sombong > Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri > Sifat ini lebih kurang seperti sifat bermegah-megah, ego atau sombong. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan bangga diri.
10. Gemarkan pujian atau riak > Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sumber: www.ustazazhar.net
No comments:
Post a Comment