~ masih tidak faham kenapa lalat mati sia-sia?..
Beberapa ekor lalat sedang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup semula pintu rumah. Melihat pintu rumah terngaga, seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.
"Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar"
kata lalat dalam hati dengan gembira.
Setelah kenyang si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu masuk tadi. Tapi pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu dan memandang kawan-kawannya yang masih berada berpesta di atas tong sampah itu. Kawan-kawannya melambai-lambaikan tangannya memanggil dia bergabung kembali dengan mereka.
Si lalat terbang di sekitar kaca. Sesekali melompat dan menerajang kaca itu dengan harapan kaca itu pecah dan dia dapat keluar dari rumah itu. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan bolak-balik demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan dan esok harinya nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.
Tidak jauh dari tempat itu nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Lalu ternampaklah mereka akan seekor lalat yang sudah tidak bermaya.. Rezekiii.. serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit lalat itu hingga mati dan beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.
Dalam perjalanan seekor semut kecil bertanya kepada rakannya yang lebih tua.
"Kenapa dengan lalat ni bang? kenapa dia sakit dan mati?" "Ooooo, memang selalu lalat yang mati sia-sia seperti ini, sebenarnya mereka ini telah berusaha sungguh-sungguh untuk keluar dari pintu kaca itu, tapi tidak berjaya. Akhirnya kerana letih dan kecewa dia jatuh sakit dan menjadi rezeki kita hari ini.
Semut kecil mengangguk-anggukkan kepala, tapi masih tidak puas hati dengan jawapan dan bertanya lagi "Aku masih tidak faham, bukankah lalat itu sudah berusaha bersungguh-sungguh? Tapi kenapa masih tidak berjaya keluar?".
Masih sambil berjalan dan memikul bangkai lalat, semut tua itu menjawab,
"Lalat ni sejenis serangga yang tidak mudah menyerah kalah. Tetapi kurang menggunakan akal dan fikiran. Jika kamu melakukan sesuatu berkali-kali dengan cara yang sama, tetapi tidak berjaya, mengapa tidak menggunakan cara yang lain dan mendapatkan hasil yang sama.
Kesimpulannya untuk berjaya kita terpaksa gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya. Lain masalah, lain pula cara mengatasinya ya anak-anak.
Orang yang berjaya tidak melakukan hal-hal yang berbeza, mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeza.
No comments:
Post a Comment