~ nak kencing sangat pun, kunci la dulu pintu tu ..


                                                    gambar google

Tadi mak cik pergi hantar anak yang mahu balik ke Kuantan. Kami sampai di Perhentian Bas Pekeliling dan mengambil tiket jam 8:00 malam. Kerana hari masih awal, lebih kurang pukul 6:00 petang, mak cik ajak anak mak cik yang belajar di IKIP pergi minum ke Restoran Haslem.

Bukan tidak ada restoran yang berhampiran Perhentian Bas Pekeliling. Tapi mak cik sebenarnya sudah lama tidak ke sana. Lagi pun tekak mak cik tidak berapa selesa, teringin sangat makan bubur nasi yang disediakan di situ.

Sebaik matikan enjin kereta, tetiba saja perut mak cik meragam. Bukan sakit perut, tapi nak buang air. Mak cik pun berjalan dulu meninggalkan anak bujang mak cik yang leka menjawab telefon bimbitnya menuju restoran yang penuh dengan pelanggan. Mak cik menuju meja kosong sambil berdiri menunggu anak mak cik di situ.

"Nah pegang beg ibu, ibu nak ke tandas" Mak cik pun menonong menuju tandas tanpa mempedulikan orang yang lain yang asyik makan.

Tiba di belakang, ada dua pintu tandas yang cantik dan bersih. Mak cik baru nampak kelibat orang masuk ke dalam tandas yang paling hadapan. Mak cik tanpa banyak fikir terus capai pemegang pintu tandas yang satu lagi dan tarik...

"Oooooooopppppsssss ada orangggggg kikikikikiiii .... sorry" Apa yang hendak dikata. Salah siapa? Salah mak cik? Salah orang dalam tandas tu?. Mak cik mengaku mak cik memang ada salah, sebab tidak ketuk pintu. Orang dalam tandas tu pun salah, kenapalah boleh biarkan pintu tandas tidak berkunci..

Kok ye pun dah nak kencing sangat.. beringat la. Kunci dulu pintu tandas tu. Sambil kencing pun boleh kunci, bukannya susah sangat. Nasib baik mak cik yang nampak, kalau orang lain nampak lelaki hensome tercokoh kencing macam tu sure menjerit....

Peringatan: Lain kali masuk tandas, pastikan pintu dikunci dulu, baru boleh jalankan agenda seterusnya..

2 comments:

  1. hahaha.x senonoh betol...tak kunci pintu.

    ReplyDelete
  2. bersangka baik..mungkin kunci pintu tu rosak..selalunya org mesti kunci pintu..kita pun kdg2 salah jugak..terus serbu macam tu ja..kalu dh nmpk pintu tu bertutup,tanya la dulu ada org ka x..jgn redah ja..hehe..

    ReplyDelete