~ saya rugi RM96,000.00 ditipu warga Nigeria ..


                                      gambar google sekadar hiasan
                                                 
 Saya kerugian RM96,00.00 selepas meminjamkan wang kepada lelaki yang baru saya kenali melalui laman   facebook. Saya tidak menyangka dia lelaki Nigeria kerana dia mengaku dari Amerika Syarikat.

 Saya memasukkan wang ke akaun yang diberinya secara berperingkat-peringkat selepas dia memberitahu wang tunai dan kad kereditnya hilang ketika dia berada di Dubai menguruskan perniagaan.

 Permulaan perkenalan saya atas dasar bisnes. Sebagai ahli perniagaan saya rasa tidak salah menambah kenalan melalui laman sosial kerana ia satu peluang untuk berkongsi idea dan mengkembangan perniagaan.

 Dia memperkenalkan diri sebagai Alexender Mohamad berusia 40 tahun. Selepas beberapa kali berhubung melalui internet dan telefon, dia mengaku jatuh cinta dan tertarik dengan saya.

 Sepanjang dua bulan mengenalinya, Alexender sentiasa mengambil berat da tidak pernah jemu menunggu untuk bersembang melalui Yahoo Mesengger setiap malam.

 Dia menunjukkan kesungguhan untuk datang ke Malaysia bertemu saya dan keluarga sekali gus melamar saya sebagai isteri.

 Penghujung Mac lalu iaitu sehari selepas tiba di Dubai, dia menghubungi saya memberitahu begnya yang     mengandungi wang tunai, kad keredit dan dokumen peribadi hilang, lalu meminta bantuan saya.

 Atas dasar percaya, saya sanggup membantu dan memasukkan wang yang dimintanya menggunakan kiriman wang western union kepada lelaki sebagai Lai Min Choong kononnya ejen syarikat Alexander.

 Dari Mac hingga Jun lalu saya membuat tujuh kali kiriman wang tanpa menyedari saya menjadi mangsa penipuan.

 Julai lalu saya kembali ke Malaysia untuk menyambut Ramadhan dan saya menceritakan pekara itu kepada dua anak saya selepas Alexender gagal dihubungi sebaik kiriman terakhir saya berjumlah RM7,200.

 Anak-anak saya terkejut dengan tindakan saya dan mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, tambah pula syarikat yang didakwa milik Alexender kami dapati tidak ujud.

 Ini bukan pengalaman mak cik ya.  Ini pengakuan Puan Yani 54, warga Malaysia yang menetap di London dalam Metro Jumaat 30/9/2011.


 Mak cik pun sebenarnya banyak terima massage dari orang luar negara ni. Ada juga layan dua tiga. Ada juga yang sampai mintak duit dan data-data peribadi kita. 


 Perangai mak cik ni pula, apa saja yang pelik-pelik, mak cik suka bercerita dengan anak-anak. Nasib baiklah anak-anak sentiasa mengingatkan mak cik jangan terpedaya dengan gambar orang macho & lagi kacak tu. Kata anak mak cik itu semua kerja negro. Gambar tu entah gambar siapa yang diambilnya. Kesiankan pada tuan punya gambar tu kan. Dipergunakan gambar tu sedemikan rupa.


Setakat ini, Alhamdulillah tidaklah sampai terjadi sesuatu yang tidak diingini pada mak cik. Lagi pun mak cik mana ada ribu-ribu dalam bank .. deme salah orang. 


Sekarang ni ambil keputusan blok massage dari orang yang tidak dikenali hanya friend saja yang boleh hantar massage. Rasanya dengan cara itu saja lebih selamat..

2 comments:

  1. orang kita ni pulak mudah sangat kesian, simpati & cepat percaya ..

    ReplyDelete