~ menu junjungan Nabi Muhamad SAW ..

 
                                                 gambar google

  Rupa-rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati. Apabila kita makan makanan sesuka hati, inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit kepada kita.

  Antara penyakit yg paling popular sekarang ialah kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan berbagai jenis barah.

  Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayat kerana sentiasa menjaga makanan yang dimakannya.


   Antara pantang larang Rasulullah SAW ialah:

> Baginda tidak minum SUSU setelah makan DAGING. 

> Baginda tidak makan DAGING bersama IKAN. 

> Jika baginda makan IKAN, baginda tidak minum SUSU selepas makan. 

> Baginda juga tidak minum SUSU selepas makan AYAM. 

> Baginda menasihatkan supaya jangan makan IKAN bersama TELUR pada suatu masa.

> Baginda berkata makan IKAN bersama DAUN SALAD juga boleh mengakibatkan perut meragam.

> Baginda juga berkata jangan minum SUSU selepas makan hidangan yg mengandungi CUKA makan seperti acar.

> Hidangan yg mengandungi BUAH bersama SUSU seperti koktel membuat perut tidak sehat.


                                                    gambar google
  

   CARA MAKAN YG SEBAIK-BAIKNYA >

> Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

> Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

> Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.  Kesannya tidak dalam jangka masa pendek. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

> Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion posotif, sedangkan dalam ikan mengandung ion negetif,  jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita...


> Lebihkan makan makanan yg mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yg dibuat daripada bahan tumbuh-tumbuhan kerana makanan ini lebih lembut pd usus dan mudah hadam.. wallahualam.
    
  Rasanya masih belum terlambat utk kita mengikut cara pemakanan Rasulullah SAW demi utk menjaga kesihatan kita...

                                                   gambar google

No comments:

Post a Comment