gambar google
"Saya terpaksa melacur demi mencari wang untuk membesarkan enam orang anak. Saya melakukan semua ini kerana digantung tidak bertali kerana suami enggan menceraikan saya sehingga sekarang dan semua anak ibu saya yang menjaganya untuk memudahkan saya menjalankan aktivti ini."
Wanita ini membuat pengakuan ketika ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Kedah (JAIK) dalam satu serbuan ketika menunggu pelanggan di Jalan Limbongan Kapal. jam 10 malam Isnin lalu.
Wanita ini juga berkata dia terjebak dalam aktiviti pelacuran selepas mengikut rakan dan katanya sukar mendapat pekerjaan lain. Menurutnya lagi, bermula dengan melacurkan diri di Lorong Patani enam tahun lalu. Dia berusaha melayan ramai pelanggan untuk memperoleh banyak wang bagi menampung pebelanjaan anak-anaknya.
Bagaimanapun, selepas tempat itu dirobohkan pihak berkuasa, dia berpindah ke Jalan Limbong Kapal dengan menaiki bas sejauh 20 kilometer dari rumah sewanya untuk melacur dan setiap hari dia mencari sekurang-kurangnya 10 orang pelanggan.
Menurut wanita itu lagi dia tidak menyesal menjadi pelacur dan kerana seronok dengan aktiviti yang dilakukan, dan berpendapat pekerjaan itu mudah walaupun tahu berhadapan risiko jangkitan HIV. Dia juga tidak pernah bercadang berhenti daripada aktiviti tidak bermoral kerana berpendapat melacur lebih baik daripada mencuri atau merompak.
Manusia semakin sesat..
Ya Allah tunjukkan lah kami jalan yang lurus.
Sumber Metro Jumaat 23/9/2011. tQ
No comments:
Post a Comment