~ tergoda personaliti romantis warga asing .. kisah percintaan maya.
"Saya sangat pemalu. Berumur 29 tahun dan tidak pernah ada teman lelaki. Ketika belajar dan bekerja ada juga lelaki yang ingin berkenalan, tetapi saya terus hilang minat sebaik mendapat tahu lelaki yang meminati saya itu juga melayan perempuan lain atupun merokok.
Dalam usia saya semakin lanjut, kini saya mencari lelaki yang dapat menyayangi saya sepenuh jiwa tanpa saya rasa sangsi. Saya juga teringin sangat mendirikan rumah tangga dalam kadar segera.
Sebenarnya saya sekarang ada kenalan lelaki bangsa asing yang beragama Islam berumur 40 tahun. Saya mengenalinya melalui internet. Saya sangat tertarik kepadanya kerana dia seorang yang romantis serta penyayang.
Dia berjanji untuk datang ke Malaysia untuk berjumpa saya pada November ini. Kami sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin.
Saya jatuh hati dan sangat mencintainya kerana personaliti dan juga cara dia melayan saya membuatkan saya sudah tidak kisah jarak umur dan bangsa."
Kata mak cik Rose > inilah kisah percintaan antara dua benua. Cinta sudah tidak mengenal rupa dan usia. Tanpa pandangan mata, masing-masing sudah tidak dapat menahan gelora cinta. Ini pengakuan dari perempuan yang memang ketandusan cinta. Dia memang jujur dengan pengakuannya.
Tapi tidak siapa tahu apa yang bermain di fikiran lelaki yang dicintainya itu. Benar-benar cinta atau hanya sandiwara semata...
Ingat beringat la kita semua, jangan cepat tergoda dengan kata-kata manis dan pujuk rayu. Sebelum mencintai seseorang telitilah dulu latarbelakangnya. Banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu dibuat apabila memilih pasangan berlainan bangsa, lebih-lebih lagi berlainan agama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment