~ dari rancangan mari memasak ..

  Petang tadi, ibu buat daging masak itam atas permintaan baby ibu. Mudah n simple je caranya. Pada yg suka makan daging dan tak suka pedas sesuai sangat mencuba resepi ini..

                                             ~ kicap manis

   Pada yg nak mencuba, ini je bahan2nya:

 2 kilo daging lembu > dipotong dadu

 setengah cawan minyak masak > utk menumis

 10 biji bawang kecil > dihiris halus

 tiga ulas bawang putih > dihiris halis utk menumis

4 biji lada besar dibelah dua

 secawan kicap pekat

 dua keping kulit kayu manis > utk menumis

 dua biji bunga lawang > utk menumis

 empat keping asam keping

 garam secukup rasa.

                                          ~ bawang > gambar google

   Panaskan minyak dg api yg sederhana dlm kuali, bila dah panas minyak, masukkan bahan penumis. Kacau hingga naik bau, kemudian masukkan bawang kecil yg dihiris kacau hingga layu sahaja kemudian masukkan daging.

                                          ~ daging yg dipotong dadu > gambar google

Tambah 4 cawan air ke dlm kuali, biarkan 4 cawan air tadi surut dan naik minyak sedikit kuahnya. Juga pastikan daging empuk. Jika daging belum empuk tambah 1 cawan air dan didih lagi.

                                           ~ bunga lawang & kulit kayu manis

  Akhir sekali masukkan kicap pekat, lada besar, asam keping & garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih sebentar, kemudian boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan..


                                          ~  daging masak itam sedia utk dimakan

   Memang menyelerakan hidangan daging masak itam ini bersama nasi putih, bubur nasi, nasi impit, pulut, ketupat, lemang, nasi lemak dan sedap juga dimakan begitu saja.. kalau tak caya cuba.

No comments:

Post a Comment