gambar google
Hanya kerana meminta hutang yang berjumlah RM300, seorang mandur, Omar bin Daud maut dicincang. Lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, Penampang. Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan dengan menggunakan parang yang menyebabkan beberapa bahagian anggota badannya hilang.
Dalam kejadian jam 7 malam itu isteri Omar Fadilah Jali yang ketika berada di dalam rumah terdengar jeritan suaminya. Dia segera keluar rumah dan bergegas ke lokasi kejadian dan ternampak suaminya sudah tertiarap dengan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Fadilah berkata, dia nampak dua orang lelaki memegang parang yang berlumuran darah sedang berdiri di sisi suaminya.
Kerana terperanjat, Fadilah menjerit memanggil anak saudaranya Hazri Sabri, 18 untuk meminta bantuan. Tetapi mereka lari ketakutan masuk ke dalam rumah dan menguncikan diri apabila salah seorang dari penjenayah itu mengejar mereka berdua dengan parang.
Menurut Fadilah, kejadian bermula apabila salah seorang dari penjenayah itu ada meminjam duit dari suaminya sebanyak RM300.00 untuk berjudi. Setelah beberapa lama suaminya cuba meminta penjenayah itu memulangkan semula duit yang dipinjam.
Tindakan Omar menuntut hutang itu menyebabkan penjenayah naik hantu dan terjadinya pertengkaran hingga menyebabkan Omar mati ditetak.
Sebaik mendapati kedua penjenayah itu meninggalkan Omar yang sudah tidak bernyawa, Fadilah memaklumkan kejadian itu kepada polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh.
Manusia semakin hilang pertimbangan...
Sumber Metro 26/9/2011. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment