Berikut adalah sekeping gambar yang memperlihatkan wajah Yue Yue ketika masih hidupnya.
Seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, Yue Yue kelihatan sangat gembira memegang gula-gula di tangan.
Jika anda merupakan seorang ibu atau bapa sudah tentu lebih memahami situasi seperti ini.
Pastinya si kecil itu tidak tahu bagaimana keseronokkanya itu tidak akan kekal lama.
Gambar ini diperoleh daripada blog Shanghaiist yang telah mengikuti kisah Yue Yue dari hari pertama.
Terkini, blog tersebut melaporkan bahawa ibu bapa kanak-kanak malang itu telah mengupah peguam untuk menyaman pemandu van berkenaan.
Bapa Yue Yue, Wang Chichang dilaporkan berkata, beliau ada bercakap di telefon dengan seorang lelaki yang beliau syak adalah salah seorang pemandu van yang melanggar anaknya.
“Tiada ada satu patah perkataan memohon maaf daripadanya, sejak dari mula dia hanya bertanya apakah saya bapa Yue Yue dan asyik bertanya nombor akaun bank saya, katanya dia mahu memindahkan wang ke akaun saya.
“Saya berterusan memberitahu saya tidak mahukan wang tetapi dia bertegas mahu menghantar wang kepada saya dan ini menyebabkan saya mengesyaki dia adalah pemandu berkenaan,” katanya.
Jelasnya, lelaki itu akhirnya mengakui bahawa dialah pemandu van berkenaan.
“Bagaimana ibu bapa kamu mengajar kamu?, Bagaimana kamu akan mengajar anak-anak kamu? Pergilah ke balai polis yang berdekatan dan menyerah diri, undang-undang akan membalas perbuatan kamu,” katanya.
Kanak-kanak malang itu dilanggar Khamis lalu di sebuah pasar yang sibuk di Foshan. Seramai 18 orang berlalu di sebelahnya dan tidak membantunya.
Dia dilanggar dua kali oleh dua buah van.
Hanya seorang wanita tua pengumpul barang-barang lusuh yang tampil menghulurkan bantuan. Insiden itu mengundang persoalan di China akan apakah rakyatnya sudah hilang terus sikap perikemanusiaan.
kredit utk mynewshub
No comments:
Post a Comment