~ manfaat dan kebaikan rokok bagi manusia ..

Tidak adil rasanya kalau kita selalu menjudge negatif sepuntung rokok. Padahal kita sendiri belum pernah merasakan dan menjadi penikmat rokok ibarat kata pepatah dont judge a book by its cover‘.
Dari beberapa survey yang temui, ternyata banyak fakta menarik yang disimpulkan sebagai manfaat dari sebatang rokok kepada siperokok >berikut hasilnya;
~ Membantu rancangan kerajaan dalam mengurangi jumlah penduduk - hahaha kelakar juga fakta ni, rasa nak tergelak panjang je .. ramai perokok akan mati dalam usia muda.
~ Setiap minit, 60 orang perokok tegar akan mati kerana rokok - data yang datang dari WHO:
~ 100 juta kematian tercatat akibat tembakau pada abad ke 20 lalu. Jika kes ini terus berlanjutan, akan ada kenaikan hingga berjuta-juta kematian pada abad ini..
~ Di Indonesia terjadi 1.174 juta kematian perhari akibat asap rokok.
~ Boleh menjadi batu loncatan untuk yang kerjaya - dari perokok berpotensi jadi alkoholic, terjebak dengan ketagihan dadah, sex sebelum nikah, mencuri dan sebagainya - macam tak berapa tepat je faktanya heheh
~ Menambah jumlah orang yang tidak berduit. Lebih dar 50% perokok berasal dari kalangan menengah ke bawah. Dan rata-rata orang miskin membelanjakan lebih dari 25% penghasilannya untuk rokok. Jika makin banyak orang yang berpendapatan rendah yang merokok, maka jumlah orang cepat kering duit sebelum cukup bulan makin bertambah - banyaklah masalah rumahtangga akan timbul - bagi yang dah kahwin laa
~ Baik untuk basa-basi @ memulakan persahabatan kononya - kalau berjumpa kenalan, selalunya ditawarkan rokok. Kerana harga rokok mahal, kalau sentiasa menawarkan rokok kepada orang atau kawan-kawan itu kan boros namanya. 
~ Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi resiko tersebut aktiflah merokok.. hahahahah apa tunggu lagi adik-adik ..
~ Memberikan pendapatan kepada pekerja kilang rokok, penanam tembakau, doktor, pembuat tempat abuk rokok, pekedai rokok juga kilang ubat batuk.
~ Menambah suasana seperti nyaman dan dalam susana damai desa dengan asap rokok, sehingga seolah-olah berkabut selalu sekitar anda.
~ Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi pemulaan merokok itu tidak mudah - batuk-batuk dan tersedak sakit tekak, tapi tetap diteruskan - kalau anda tidak penyabar tentu fail ..
~. Menambah kenikmatan waktu pagi dan petang - setiap hari minum kopi dan makan pisang goreng sungguh nikmat... apalagi sambil menghisap sebatang rokok! fuhhhhhh..
~ Membantu mengawal keselamatan - suara perokok batuk berat di malam hari mujarab untuk menakutkan orang yang berhajat untuk mencuri.
~. Awet muda, kerana konon perokok tegar akan mati sebelum tua kerana kanser paru-paru. Fakta lain …sekitar 30% orang meninggal di dunia adalah perokok. 70%-nya bukan perokok..!!
Sebenarnya banyak lagi manfaat bagi si perokok - hanya yang merokok saja lebih mengetahuinya kan?

1 comment:

  1. Huahahahahhaha....kelakar betul la...nice!!! i like it.... betul gak tu, byk manfaatnyew... XP.. ramailah org mati, berkuranglah skit org kt dunia ni.. XD

    ReplyDelete