~ tarian separa bogel di P.Pinang ..

Tarian Separa Bogel Panas Di Pulau Pinang!

PULAU PINANG – Sebuah pusat hiburan di sini telah menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi 2011 (Sexy Dance Competition 2011) yang menyaksikan gadis-gadis menari dalam keadaan separa bogel di lobi tarian kelab itu.
Kelab tersebut, Voodoo Pub & Bistro, yang dipercayai beroperasi di Upper Penang Road, George Town di sini, menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis tersebut dipilih untuk ke peringkat akhir.
Misalnya, pada pertandingan ‘tarian separa bogel’ musim ketiga yang lalu, tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang di mana seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.
Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam yang ketat sebelum beraksi ganas di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.
Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari.
Mungkin kerana ‘terlalu seksi’, Abby yang beraksi dengan hanya mengenakan coli dan seluar ketat berjaring ditepi hanya diberikan tempat ketiga di dalam pertandingan yang berlansung pada 6 Julai tahun ini.
Melalui beberapa siaran di Youtube, pertandingan ini dipercayai mula dianjurkan pusat hiburan itu sejak tahun 2009 dan masih berlangsung dilokasi yang sama bagi musim ketujuh di mana videonya telah dimuat turun di laman tersebut pada 6 Disember lalu oleh individu yang dikenali sebagai GDClovis.
Berikut adalah di antara siaran video yang terbaru pertandingan yang dimaksudkan seperti yang tersiar di laman Youtube:
- mynewshub.my

Tujuh Penari Erotik Menggelabah

Tujuh Penari Erotik Menggelabah


KUALA LUMPUR – Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.
Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.
Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.
‘’Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,’’ katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983. – myMetro Online

No comments:

Post a Comment