Lia Rojas sudah setahun mempelajari Islam. Tetapi hanya baru enam bulan yang lalu dia mengucap dua kalimah syahdah dan rasmi menjadi seorang Muslimah. Wanita dari Dallas Texas, AS ini sanggup melepaskan agama lama yang dianutnya selama ini demi Islam.
Semuanya bemula ketika Lia menjadi guru agama Khatolik. Suatu hari dia mengajar tajuk 'MENGAPA MEMILIH KHATOLIK?' Ketika dia membuat persiapan untuk tajuk itu dengan tidak sengaja dia menemukan Islam.
Dengan rasa ingin tahu, dia terus mencari info tentang Islam di Internet dan dengan info itu hinggalah mendorongnya datang ke masjid dan berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan Islam di situ. Bermula dengan senaskah al-Quraan yang diterimanya sebagai hadiah dia mula membaca dan menghayati kandungannya.
Sejak dari itu dia tidak lagi mengunjung gereja dan tidak lagi mengajar. Kata Lia, pertama kali dia membaca al-Quraan seolah-olah ada sesuatu yang masuk ke kalbunya. Akhirnya Lia memutuskan dengan yakin untuk memeluk Islam.
Keluarga dan teman-temannya terkejut dengan keputusannya itu. Tetapi Lia sudah nekad dan tidak akan berpatah balik dan akan membuktikan kebenaran ajaran Islam berbanding agama lain.
Menurut Lia ada satu pengalaman yang cukup bermakna sebelum dia memutuskan untuk bersyahdah. Seperti gadis barat lain ke mana saja Lia pergi, dia lebih selesa untuk hanya memakai seluar pendek dengan kemeja T dengan bahagian atasnya mendedahkan dada. Ketika itu dia sudah dua bulan membaca al-Quraan.
Sebaik saja dia hendak keluar dari keretanya, tiba-tiba dia terpandang akan keadaan dirinya. Saat itu dia merasa malu yang tidak terhingga. Katanya dia cuba membuka keretanya berkali-kali, tetapi tidak mampu untuk keluar, kakinya seolah-olah menjadi kaku untuk melangkah. Dia terus menangis dan balik ..
Semenjak dari peristiwa itu, sedikit demi sedikit dia merubah penampilannya. Belajar memakai pakaian yang tidak mendedahkan dan akhirnya menutup aurat sepenuhnya ..
Saya merasa begitu mendapat istimewa dari Allah swt. Jujur dari jiwa saya, jika saya mati, saya akan mati sebagai Muslim walau apapun cabaran yang datang..
terbaikk..semoga menjadi pengajaran bg kita yg dh islam..
ReplyDeletesubhanaallah.
ReplyDeletealhamdulillah,dia sempat memeluk islam..
ReplyDelete#semoga dia cekal...follow sini.