Semuga kedatangan tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012 marilah kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang masih sesuai digunakan sebagai panduan hidup sehari-hari walaupun sudah beratus tahun beliau tiada di dunia ini.
1- Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.
2 - Bacalah al-Quraan dan cubalah memahami mesejnya. Selalu berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit dan kurangkan mengisi masa tanpa tujuan.
3 - Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quraan. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.
4 - Usahlah berdebat tanpa adab dan dengan pekara yang sia-sia. Berdebatlah jika kiranya kearah kebaikan kerana ketika itu ada bisikan syaitan untuk membawa kepada pentengkaran.
5 - Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa.
6 - Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan- Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. - Tanpa gurau, tawarlah kehidupan.
7 - Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di hadapanmu
8 - Usah mengumpat dan usah merendah-rendahkan orang lain.
9 - Tunjukan kemesran sesama umat manusia dan seisi alam. Hulurkan salam perkenalan. Salam kemeseraan untuk sejagat.
10 - Maksimumkan feadah waktu dan dan tolonglah orang lain.
No comments:
Post a Comment