KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mengatakan Jailani sering bersama seorang wanita berkulit putih mulus ke mana saja pergi, malah juga dilihat beriringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka didakwa baru pulang dari luar negara.
Siapakah gerangan wanita itu? adakah beliau yang dimaksudkan orang ketiga dalam isu pergolakan rumah tangga Jailani dan Raja Azmi?
Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, dikatakan tahu mengenai skandal di antara Jalani Sidek, dengan rakan perniagaan suaminya itu yang dikenali sebagai Zaleha Mohd Khalid.
Zaleha, 47, merupakah seorang ahli perniagaan, ibu tunggal kepada empat orang anak yang ditemui wartawan akhbar sisipan Berita Minggu, B*Pop, di kediamannya di Bangsar, mendakwa dia punya hubungan istimewa dengan Jailani sejak lebih setahun lalu dan pernah terbang ke Medan, Indonesia, bersama atas urusan perniagaan.
Meskipun kekok kerana pertama kakli ditemu bual wartawan, beliau kelihatan tenang dan menunjukkan kemesraan serta menghormati, melayan penulis dengan baik.
“Saya akui saya sering bersama Jalani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jalani. Anak-anak, keluarga dan tema mengetahui hubungan kami, malah saya dan Jalani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi.
“Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.
Desas-desus sebelum ini menyatakan suasana rumahtangga Raja Azmi – Jalani berantakan dan pasangan itu kemudiannya tampil membuat kenyataan akhbar menafikan dakwaan tersebut serta menjelaskan hubungan mereka bahagia, bahkan bakal menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka kali ke-28 tidak lama lagi.
Bagaimanapun, dikhabarkan juga mengenai ‘orang ketiga’ berkulit cerah yang dilihat begitu mesra berjalan seiringan dengan suami Raja Azmi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai baru pulang dari luar negara.
Sehubungan itu, Zaleha tampil memberitahu media bahawa dialah ‘kekasih gelap’ Jalani sebagaimana yang dimaksudkan gosip tersebut.
Menurut Zaleha, Raja Azmi tidak pernah menyekat perhubungannya dengan Jalani dan penerbit filem ‘…Dalam Botol’ itu juga sering menyayangi antara satu sama lain.
“Seperti dijelaskan, Raja Azmi tidak pernah menghalang perhubungan kami. Malah ada ketikanya Raja Azmi turut bertandang ke rumah saya, begitu juga saya. Kami saling mengunjungi.
“Hubungan saya dengan Raja Azmi tidak pernah bermasalah, malah saya menyayanginya sebagai kakak, begitu juga Raja Azmi menganggap saya seperti adik,” ujarnya lagi.
Meskipun Zaleha menceritakan hubungannya dengan Jalani ‘direstui’ keluarga, tidak pula dinyatakan kepada media sama ada mereka sudah rasmi bernikah.
No comments:
Post a Comment