~ bebas dengan syarat kahwin perogol ..


Bebas Dengan Syarat Kahwin Perogol
KABUL – Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, membebaskan seorang mangsa rogol, setelah dia bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya.
Menurut kenyataan kerajaan, wanita yang dipenjara atas tuduhan berzina itu bersetuju untuk berkahwin, tetapi sebaliknya peguamnya berkata, dia tidak bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya.
Wanita yang bernama Gulnaz itu, melahirkan seorang anak perempuan di penjara.
Seorang pegawai kanan berkata, kerajaan tidak mengenakan apa-apa syarat atas pembebasannya.
“Presiden Hamid telah memberi tugas kepada Menteri Kehakiman untuk berbincang dengan Gulnaz dan tanyakan apa yang dia mahu.
“Dalam perbincangan itu, Gulnaz berkata dia bersetuju berkahwin dengan perogolnya dengan syarat abangnya berkahwin dengan adik perogol itu,” kata jurucakap Presiden Hamid, Emal Faizay.
“Ini adalah keputusannya. Saya boleh mengesahkan tiada syarat yang dikenakan oleh kerajaan Afghanistan,” katanya.
Peguam Gulnaz berkata, dia berharap kerajaan dapat memberi kebebasan kepada wanita itu untuk memilih siapa yang mahu dikahwininya. -BBC
Mak cik baca dua tiga kali, nak fahamkan apa cerita yang sebenarnya. Sebab kejadian ni bukan berlaku di sini. 
Akhirnya rasa sungguh teranaya perempuan ni. Dahlah dirogol hingga melahirkan anak di penjara. Kemudian didakwa kerana  berzina. Rasanya memang sangat-sangat tidak adil. 
Tetapi itu memang sudah undang-undang di sana, nak buat macamana... 

No comments:

Post a Comment