~ lesbian dicari bantu siasatan tikam 35 kali ..

Lesbian Dicari Bantu Siasatan Tikam 35 Kali

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipercayai lesbian sedang dicari oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Rozana Mohd Yusak yang ditikam sebanyak 35 kali di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong, baru-baru ini.
Kisah mengenai suspek itu disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.
Maklumat lanjut mengenai wanita itu bagaimanapun tidak diperolehi setakat ini.
Dalam kejadian, Allahyarham Rozana, 35, terpaksa mengesot sejauh lima meter untuk menjerit lemah meminta bantuan jiran-jirannya menerusi tingkap rumah sewanya itu.
Dia yang dikejarkan ke Hospital Besar Selayang bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada sekitar pukul 2.15 pagi.
Rozana yang merupakan seorang kerani bank dipercayai ditikam sebanyak 35 kali dengan objek tajam di seluruh tubuh termasuk di bahagian lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan.
Rozana dilaporkan tinggal seorang diri di rumah sewa berkenaan.
Kredit Mynewshub

No comments:

Post a Comment