abang dg kakak
Entahlah! payah untuk akak terangkan dg kata2, tiap kali nak ceritakan perasaan seorang ibu macam akak ni, mesti air mata dulu yg menjelaskan segala2nya.. Apa yg nak akak cakap ni sebenarnya bukanlah rahsia sulit @ penting sangat, cuma bila dah duduk sensorang dlm suasana sunyi sepi, mula macam2 yg terlintas difikiran akak.. yg paling sering datang ttg anak2.
Mungkin bukan akak sorang yg rasa macam ni, mungkin semua ibu2, mak2 dan umi2 pun begitu rasanya bila terkenangkan anak2 yg semakin membesar, yang semakin pandai membawa diri, berdiri dan berdikari yg rasanya akan pergi semakin jauh dari kita.. rasa akak laaaa ...
Jauh yg akak maksudkan bukan anak2 ni pergi dan lari meninggalkan kita, jauh yg akak maksudkan iaitu mereka sudah pandai melakukan sesuatu tanpa bantuan kita.. Dari sebesar tapak tangan sentiasa dlm dakapan kita, sehinggalah saat demi saat mereka menjadi semakin dewasa tanpa kita rela tanpa kita sedar rupa2nya sudah besar mereka. Masa tak akan berpatah balik ..
buda dg adik
Lumrah alam sebenarnya.. yg kecil menjadi dewasa dan seterus menjadi tua dan meninggalkan dunia.. Tapi saat indah semasa membelai mereka itulah yg menjadi saat yg sentiasa dirindukann akak..
Rindukan sentuhan kulitnya yg mulus, rindukan pelukkannya, jeritannya, tangisannya, rengekkannya .. rindukan segala-galanya waktu itu... walaupun adakalanya masalah anak2 membuat kita rasa serik utk beranak kecik.
Anak2 akak mmg ada masalah semasa baby. Abang ada masalah asma. Kakak pulak mengalami masalah jantung.. tapi pengalaman itu semua membuatkan akak menjadi tabah dan sentiasa cekal hingga sekarang.
Melayan telatah abang yg comel dan mmg lasak semasa kecil mmg menguji kesabaran. Tiap kali akak kenang masa tu, pasti air mata tak dapat ditahan2..sob sob sob .. sebabnya dia selalu kena belasah dg penyangkut baju.. akak menyesal sebenarnya, akak selalu berfikir, mengapalah waktu itu akak tak diberikan kesabaran yg tinggi... sob sob sob ..
Kakak pulak mengalami 2 masalah jantung. Kecacatan jantung di bahagian bawah dan dinding jantung berlubang. Akibat dari masalah itu, kakak menjadi seorang baby yg tak aktif. Mengalami alahan yg teruk. Selalu demam dan muntah2.
Buda pulak sentiasa membesar dlm suasana yg serba serbi ingin tahu. Dari sudut positif mmg bagus, tapi bila dikira dari sudut negetif perangai buda mmg menakutkan. Yang akak tk boleh lupa bila tangan dia cedera terkena mercun bola. Kalau tak silap akak waktu itu umur buda 5 tahun. Tak tahulah dari mana dia dapat mercun bola tu, tau2 balik rumah tangannya dah terbakar ..
Ingatan akak semasa menjaga adik yg mengalami sakit perut sehari semalam dlm bulan puasa mmg tak boleh lupa sampai sekarang.
Anak2 dah semakin dewasa. Dah mula mencari kehidupan sendiri.. yg masih belajar, tinggal di asrama, sudah bekerja dan sudah bekeluarga tinggal di rumah sendiri. Masa yg dulu sentiasa sibuk, bingit dg suasana hiruk pikuk, pening dg kenakalan mereka, rimas dg bau hancing air kencing mereka .. kini sepi.. Semakin sepi .. semakin kosong rasanya jiwa.
Sudah tentu bukan akak saja berasa begitu. Sebenarnya kitaran hidup ini sudah ditentukan.. hukum alam belaka. Redho atau tidak, seorang perempuan yg bergelar ibu2 tetap akan melaluinya...
Wasalamm.. terima kasih ..
No comments:
Post a Comment