istilah babi dalam perubatan, apa yg mesti kita tahu ..

                                                    gambar google > tQ

  Seperti yg kita tahu, banyak makanan di Malaysia sekarang yg mengandungi bahan sumber dari babi.
Dari label yg kita baca, memang banyak istilah yg kita tahu dan biasa dengar. Tetapi yg pastinya, lebih banyak yg kita x tahu dan x pernah kita dengar.

  Dalam label makanan kita sudah biasa dg kandungan yg ada 'E'

  Tetapi artikel di bawah ini boleh juga dijadikan panduan tambahan utk kita sebelum membeli makanan ataupun ubat ubatan.

  Maklumat ini sangat penting sebagai panduan utk kita sebagai seorang muslim, oleh itu marilah kita hebahkan.

 Dalam Bahasa Melayu, bila disebut babi atau kinzir, jelas mengambarkan haiwan pendek yg berkaki empat, samaada daging babi, bulu babi, kulit babi, atau senang cakap kira keseluruhan seekor babi laa.

 Tetapi dalam Bahasa Inggeris, kita mungkin keliru dg berbagai istilah utk menggambarkan bahagian2 haiwan itu.

  1:  Pork >  istilah daging babi dalam masakan. 

  2:  Swine > istilah yg digunakan utk kumpulan semua spesis babi.

  3:  Pig > istilah umum seekor babi muda yg beratnya kurang 50kg.

  4:  Hog > istilah babi tua yg beratnya lebih 50kg.

  5:  Porcine > istilah yg digunakan utk sesuatu bahan yg berkaitan dg babi. Yg selau digunakan dlm bidang perubtan utk menyatakan kandungan sesuatu ubat itu terdapat sumber babi.

  6:  Boar > babi liar.

  7:  Sow >  istilah yg digunakan utk babi betina dewasa yg jarang digunakan.

  8: Sow milk >  susu babi.

   Sebenarnya banyak lagi istilah yg mmg kita tidak tahu.

  Dari istilah Inggeris, PORCINE yg mmg sering digunakan dlm bidang perubatan dan terdapat pd label ubat ubatan, contohnya seperti "this product contain substance from pocine"; bermaksud bahan ini mengandungi bahan daripada babi. atau "the source of gelatin capsule is porcine"; maknanya kapsul ubat ini dibuat daripada gelatin babi.

  Marilah kita mengambil kisah dg mengambil sedikit masa utk meneliti pekara-pekara ini supaya bahan yg mmg haram ini tidak menjadi darah daging kita.
 
*tQ> blog LiFe InSPiReD

*tQ> PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA)

** walaupun salin je artikel ini, tapi banyaknya masalah yg datang.. ya ALLAH permudahkan lah urusanku..

No comments:

Post a Comment