~ bosan ditanya bila nak menikah, mak cik ajar macamana nak jawab..


 Kalau awak masih single alias bujang padahal umur sudah ok, status situasi dan kondisi juga ok, pasti awak banyak kali dengar pertanyaan macam gini, “awak ni bila pulak nak kawin? si polan tu yang sebaya awak dah tiga anak, kami teringin sangat merasa nasi minyak awak ni”

 @ dengan selambanya mereka-mereka ni berkata.. “awak ni memilih sangat sebab tu tak ada orang nak ke awak!.."

 Huugh… memang tak sayang mulut orang ni, tentu awak rasa nak berus aje mulut orang tu dengan berus besi kan...

Sebenarnya orang yang bertanya tidak bermaksud menyinggung perasaan awak. Itu pertanyaa biasa yang diajukan bila kerabat terdekat, macam mak saudara kita, sepupu kita dan kawan sepersekolahan kita tengok kita masih solo walaupun dah hampir tua.

Benda-benda inilah yang membuat awak si bujang terlajak baik lelaki macho @ dara cute malas balik kampung berkumpul bila ada kenduri keluarga.. betulkannnnnn...... malas nak jawab soalan cepu mas, hihihi..

Daripada stres mendapat pertanyaan yang itu-itu saja, mak cik rasa lebih baik awak cuba menjawab soalan yang dibenci itu dengan cara yang berlainan. Soalan-soalan ini awak mesti kena jawab, selagi awak tak jawab mereka-mereka itu takkan puas hati...

Bawak menjawab dengan selamba dan tenang. Anggaplah itu pertanyaan yang melucukan, supaya awak tak sakit hati dan bengang untuk menjawab pertanyaan yang sama dari orang yang entah keberapa..

Mak cik sarankan jawapan yang macam ni.....

“Belum berjumpa yang seiman & sesuai untuk sehidup semati"
Mak cik rasa jawaban ini akan membuat yang bertanya respect terhadap awak. Mencari calon suami atau isteri yang beriman dan sesuai dengan jiwa adalah prinsip awak, dan ini jauh lebih elegan daripada menikah dengan siapa saja kerana didesak @ terdesak.

“Aku dah putus dengan yang dulu. Aku silap sebab banyak menghabiskan masa untuk menunggu dia, tapi nak buat macamana akhirnya kami tak de jodoh."
Jawaban yang senangkan?, permulaan dan penamat. Jawapan ini menunjukkan awak bersikap jujur, walau dalam hati hanya tuhan haje yang tahu jawapan sebenar.

“Ah, aku masih nak single. Senang nak buat apa-apa pun" 
Jawapan awak menunjukkan tidak bernikah bukan beertinya susah kan?

“Aku masih mencari sesorang yang beruntung akan mendapatkanku….”
Wow… great answer, great sense of humour! Berikan senyumanmu yang paling menawan, dan tunjukkan keperibadian awak yang menyenangkan. Jawaban ini juga membuat si penanya sedar bahawa bujang tetap harus mencari calon yang baik dan berkualitikan, sebabnya awak pun perasaan berkualiti kan?. Hanya kerana masih single, tak berarti desperate!!!!.

"Tunggu saja, tak lama lagi aku akan buat suprise"
Jawapan yang mengembirakan semua yang mendengar, walaupun awak sendiri tak pasti dengan jawapan itu..


"Aku banyak tanggujawab untuk keluarga" 
Sesiapa yang mendengar jawapan itu mesti terharu dan membayangkan awak seorang anak yang baik dan bertanggugjawab.


"Tolonglah carikan untuk sayaaaaaa" 
Jawapan yang sejujur-jujurnya mak cik rasa. Apa salahnyakan kalau betul itu yang rasa mahu diluahkan.. jangan malu.

4 comments: