~ jangan kamu melihat orang lebih tinggi ..




Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud; "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah telah bagi kepada kita. Tetapi kebanyakan manusia yang tidak beriman itulah yang sering lupa akan nikmat yang telah diberikannya oleh Allah SWT.

~nak cerita pun malas ..


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

~ wanita Yahudi sokong Aliaa bogel..

Wanita Yahudi Sokong Aliaa Bogel - Bacalah Di Mynewshub.my

Diilhamkan oleh tindakan berani Aliaa Elmahdy, seramai 40 wanita Israel berposing bogel untuk satu gambar – dengan memegang kain rentang untuk menutup kemaluan.
Kain rentang tersebut tertulis  ‘Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel’ (Penghormatan kepada Aliaa El Mahdi. Saudari dari Israel) dan slogan ‘Love without Limits’ (Sayang tanpa Batasan), dalam bahasa Arab dan bahasa Ibrani.
Kumpulan berkenaan diketuai oleh Or Templar, 28, yang menubuhkan sebuah kumpulan di laman sesawang rangkaian sosial mengajak wanita menyertainya dengan menepikan perbezaan politik mereka untuk meluahkan sokongan.
Dalam Facebook, Templar menulis: “Mari kita beri dunia satu alasan baik untuk melihat kecantikan unik wanita Israel.
“Tanpa mengira sama ada mereka orang Yahudi, Arab atau lesbian – kerana di sini, mulai sekarang, ia tidak penting.
“Mari kita tunjukkan kepada orang yang ragu-ragu yang wacana antarabangsa kita tidak bergantung kepada kerajaan,” katanya.
Rancangan Templar adalah respon kepada Aliaa yang memuat naik gambar bogelnya dengan hanya memakai stoking dan kasut merah di blognya minggu lepas.
Mesir kini sedang bersiap sedia untuk pilihan raya berikutan pengusiran Presiden Hosni Mubarak.
Aliaa, yang mendakwa dirinya seorang ateis (tiada agama) baru-baru ini berhenti belajar di universiti dan berkeras bahawa dia akan terus berjuang untuk kebebasannya.
Dia memberitahu CNN: ‘Wanita Islam akan sentiasa menjadi objek untuk digunakan di rumah.
‘Seksisme menentang wanita di Mesir adalah penuh khayalan, tetapi saya tidak akan pergi ke mana-mana dan akan berperang sehingga penghujung.
‘Ramai wanita memakai tudung hanya untuk melepaskan diri daripada gangguan dan dapat berjalan-jalan di jalanan.
‘Saya seorang yang percaya kepada setiap perkataan yang saya tuturkan dan saya sanggup untuk hidup dalam bahaya dengan ancaman yang saya terima untuk mendapatkan kemerdekaan sebenar yang semua rakyat Mesir sedang berjuang untuk dan hampir mati untuknya setiap hari,” kata Aliaa mempertahankan tindakannya berbogel.



~ padah duda hilang akal ..


PASIR PUTEH: Seorang penagih dadah tegar bertindak liar apabila cuba membakar rumah ibunya sebelum tindakannya itu berjaya digagalkan oleh adiknya sendiri dengan bantuan penduduk dalam satu kejadian di Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 43 tahun dipercayai melakukan tindakan itu selepas dikatakan menelan pil kuda secara berlebihan.

Sebelum kejadian, suspek yang juga duda anak dua itu dikatakan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila sanggup menghalau ibunya, Mariam Daud, 73, dan juga adiknya yang cacat anggota, Rohani Salleh, 38, keluar dari rumah berkenaan, kononnya, serabut melihat mereka.
Takut melihat tindakan suspek, Mariam dan Rohani terpaksa menumpang buat sementara waktu di rumah anak bongsunya, Mohd Hadi, 34, kira-kira 50 meter dari rumah yang didiami bersama suspek.

Difahamkan, suspek dikatakan baru keluar dari lokap Rabu lalu, menjadi semakin ganas, malah sanggup memukul ibunya yang uzur, selain pernah menyepak perut Rohani yang ketika itu mengandung sebulan, dua minggu lalu.

Selain itu, gara-gara ketagih pil kuda, suspek dikatakan pernah memecah cermin keretanya sendiri termasuk mengoyakkan kusyen motosikal milik anak saudaranya. Mohd Hadi berkata, dia yang bekerja di sebuah kilang papan di Gua Musang terpaksa bergegas pulang ke kampung sebaik dimaklumkan abangnya itu baru dibebaskan dari lokap , Rabu lalu kerana bimbangkan keselamatan keluarga terutama ibu dan kakaknya itu.
Katanya, pada malam itu (kelmarin), abangnya tiba-tiba mengugut hendak membakar rumah ibunya menyebabkan dia cuba menghalang, namun terus dimarahi sebelum diberi amaran supaya tidak masuk campur.

“Dia sudah mengelilingi rumah ibu dengan minyak petrol sebelum menyalakannya dengan api rokok, namun ketika api hendak merebak, saya sempat memadamkannya.
“Berlaku sedikit pergelutan antara kami ketika saya cuba merampas tong berisi minyak petrol daripada tangannya,” katanya semalam.

Menurutnya, abangnya terus melarikan diri sebaik menyedari penduduk datang beramai-ramai untuk memberi bantuan.

“Bagaimanapun, saya dan penduduk kampung berjaya menangkapnya pagi semalam, ketika dia pulang ke rumah ibu untuk mengambil ‘barangnya’ sebelum dibawa ke Balai Polis Cherang Ruku.

“Kami sekeluarga kini hidup dalam ketakutan kerana dia mungkin akan bertindak lebih ganas jika dia tidak segera dihantar ke pusat pemulihan,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Sementara itu, kata Mariam, sebelum ini, anak ketiga daripada enam beradik itu adalah pemuda yang disenangi penduduk kampung kerana suka membantu.

Bagaimanapun, katanya, perangai anaknya itu mula berubah sebaik menjadi pemandu lori apabila dia berjinak-jinak dengan dadah.

“Saya buntu memikirkan nasib dirinya walaupun pernah memberi nasihat supaya kembali ke pangkal jalan, tetapi sebaliknya berlaku apabila dia menjadi lebih ganas apabila sanggup memukul ibu sendiri.

“Justeru, saya merayu kepada pihak berkuasa supaya menghantarnya segera ke pusat pemulihan dadah kerana itulah sahaja jalan terbaik bagi memulihkan keadaannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada keluarga suspek berhubung kejadian itu dan siasatan kini sedang dijalankan.

~ kanak-kanak 5 tahun, maut disengat tebuan..



JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.































Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.
“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.
“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.
“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Rakiah dan Tengku Hanizan turut disengat beberapa tebuan ketika melarikan diri.
Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.
“Arwah Tengku Hafizul kanak-kanak aktif dan periang. Bagaimanapun, guru tadikanya ada memaklumkan dia menjadi pendiam selain enggan makan nasi pada hari kejadian dan tidak sangka perubahan sikapnya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.
“Walaupun sedih, saya reda dan menganggap kejadian sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.
Menurutnya, sarang tebuan itu sudah beberapa minggu berada di pokok berkenaan dan dipercayai terkoyak akibat dihuni terlalu banyak tebuan.
Ketika kejadian, bapa mangsa, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh jam 10 pagi semalam.
Harian Metro
JASIN – Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ganas ketika dia dalam perjalanan untuk menoreh getah di ladang getah milik ibunya di Kampung Baru, Tanah Pinggir Meriang, Nyalas di sini pada pukul 3.15 petang kelmarin.
Mangsa, Ameen Md. Tahir, 32, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh selepas terkena lebih 100 sengatan pada muka dan badannya.
Turut disengat lebah tersebut ialah anak saudara mangsa, Mohd. Azri Abdullah, 31, yang tiba di ladang tersebut kira-kira 10 minit selepas mangsa diserang serangga berkenaan.
Dia bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami bengkak pada belakang badan akibat puluhan sengatan lebah tersebut.
Mohd. Azri berkata, mangsa menuju ke ladang berkenaan menunggang motosikal bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Abbey kira-kira enam kilometer dari ladang itu pada pukul 3 petang manakala dia hanya keluar 10 minit kemudian juga dengan menunggang motosikal.

MOHD AZRI melakonkan aksi Ameen menjirus air ke badannya semasa disengat lebah di ladang getah Kampung Tanah Pinggir Meriang, Nyalas, Jasin semalam.
“Ketika hampir tiba di ladang, tiba-tiba saya diserang sekumpulan lebah dan disengat pada muka serta badan. Saya terus memecut laju bagi melarikan diri namun lebah-lebah ini berterusan menyengat saya.
“Namun, kira-kira 200 meter, saya memberhentikan motosikal apabila melihat motosikal arwah terbalik di atas jalan manakala arwah sedang kelam-kabut menjirus badannya dengan air di tepi sebuah tong bagi mengelakkan sengatan lebah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, Ameen kemudian melompat ke dalam tong berisi air itu namun, lebah tersebut masih dapat menyengatnya kerana air di dalam tong berkenaan sedikit.
Mohd. Azri memberitahu, akibat tidak tahan sakit disengat, dia dan Ameen yang membonceng motosikalnya beredar dari situ namun, kumpulan lebah tersebut terus mengekori dan menyengat mereka sehingga kira-kira 300 meter lagi.
Kosmo



~ hukum rejam bagi penzina..





Gambar hukum rejam bagi penzina yang dilaksanakan di Somalia.



penzina di letakkan ke dalam lubang dan mengucap kalimah syahadah


direjam dengan batu


penzina sudah menjadi mayat

Sedikit huraian berkaitan hukum zina:
Penzinaan adalah persetubuhan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita tanpa nikah, atas dasar sengaja.


Firman Allah swt :
“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :
Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)


Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”


Kredit kepada http://hambalialorstari.blogspot.com

~ bunuh suami kerana cuba rogol anak..




ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.
Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.
Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.
Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.
Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.
Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk.” Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. – Agensi

~ mayat berulat atas syiling..


SEBERANG JAYA: “Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah.
“Telahan saya terbukti benar, tetapi mengejutkan apabila terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki dalam keadaan tertiarap,” kata seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik.
Pekerja syarikat pendawaian elektrik yang tidak mahu dikenali itu menemui mayat berkenaan berhampiran kotak penyambung utama bekalan elektrik di bumbung sebuah rumah di Kampung Jalan Baru, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam.
Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat tidak dikenali itu.
Menurutnya, dia ke rumah yang baru siap pembinaan itu selepas dimaklumkan oleh kontraktor mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kediaman terbabit, jam 11 pagi.
Katanya, dia memeriksa bekalan elektrik dari tiang bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi didapati ada arus elektrik disalurkan ke rumah berkenaan.
POTONG... anggota bomba memotong besi penghadang bumbung bagi membolehkan mayat dibawa keluar.
“Saya mula mengesyaki ada masalah pada kotak sambungan bekalan di bumbung rumah dan ketika itu juga saya mula merasakan sesuatu perkara buruk berlaku.
“Bagi memastikan masalah yang berlaku, saya naik ke bumbung sebelum menemui mayat itu,” katanya.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30-an adalah penduduk berhampiran dan ditemui dalam keadaan berulat, berbau dan kehitaman, dipercayai terkena renjatan elektrik.
Polis mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membawa turun mayat lelaki terbabit.
Difahamkan juga, turut ditemui berhampiran mayat lelaki berkenaan adalah beberapa gulungan wayar yang dipercayai baru dipotong dari rumah dalam proses akhir pembinaan itu.
Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.
Harian Metro



~ menteri ditampar depan wartawan..


HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.
NEW DELHI – Marah dengan kenaikan harga barang makanan dan rasuah yang tidak pernah berakhir, seorang lelaki di sini telah menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar.
Dia berbuat demikian kerana ingin menarik perhatian Pawar.
Kejadian memalukan itu berlaku ketika Pawar sedang bercakap dengan wartawan pada satu majlis politik apabila beliau secara tiba-tiba diserang lelaki terbabit.
“Tidakkah anda tahu kenapa saya menamparnya. Lelaki ini bermasalah. Adakah saya salah,” jerit lelaki tersebut selepas menampar Pawar.
Dia kemudiannya dibawa pergi dari kawasan berkenaan oleh pengawal peribadi Pawar.
Pawar tidak mengalami kecederaan dan lelaki itu ditahan polis.
Kejadian tersebut disiarkan CNN dan IBN.
Insiden seumpama ini sering berlaku di India melibatkan menteri dan pegawai kerajaan yang menjadi mangsa kemarahan rakyat.
Selain membaling kasut, pejabat mereka turut diserang.
Perkara seumpama ini sering berlaku terhadap keputusan politik, rasuah atau ketidak adilan.
 Menteri India Ditampar Di Depan Wartawan

~ cahaya mata Along Cham & Zila ..

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4
Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada 12 November yang lalu.

Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4
Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.
Along Cham adalah pelakon filem komedi Adnan Sempit.
(Selanjutnya di Mediamalaya.com – klik)

~ujian untuk mengesan kaki busuk..

Ujian Untuk Kaki Busuk

Boleh cuba. Upah orang  memang tiada yang sanggup nak buat. Jadi upah je kucing untuk mengesan tahap kebusukan kaki anda tu...

Nak mengesan hati busuk macamana pulak ek? ce ajar mak cik macamana..

~ orangnya cantik, jantinanya pelik..

Cuba lihat gambar model Jepun ini. Memiliki rupa paras yang amat menarik dan membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan dirinya.
Orangnya Cantik, Jantinanya Pelik!
Nama model ini adalah Kayo Satoh.
Sekarang anda harus juga tahu bahawa Kayo Satoh sebenarnya seorang lelaki.
Mengikut model itu, dia telah berpindah dari kampung halamannya untuk mengelak dirinya daripada dikenali orang. Dia kemudian memilih untuk hidup sebagai wanita dan menggunakan nama baru.
Kayo mendakwa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan mendakwa kecantikan dirinya adalah asli.
Jika benar, maka make up pastinya memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah wajah lelaki ini.
Dia bagaimanapun mengakui menyuntik hormon ke dalam tubuhnya sejak berumur 15 tahun.
Kayo dilahirkan pada 26 Disember 1988 di kawasan Aichi.
Pengakuan mengenai dirinya seorang lelaki dibuat tahun lalu dalam program televisyen Majotachi no 22ji. Ia dibuat selepas khabar angin mengenai jantina sebenarnya tersebar di internet.
Dia juga dikenali dengan nama Kayo Police dan merupakan seorang pemain permainan video Street Fighter yang disegani di Jepun.

~ jus katak pemberi tenaga..


SEBUAH restoran di Lima, Peru memperkenalkan sejenis minuman yang rasanya kamu sama sekali tidak akan minum!
Sejak 15 tahun lalu, restoran berkenaan menjual jus yang sangat pelik iaitu jus katak segar.
Anehnya, kebanyakan penduduk tempatan di situ meminum jus berkenaan setiap hari kerana mereka mengatakan yang ia memberi tenaga.
Pemilik restoran itu, Carmen Gonzales berkata, dia dan beberapa pemilik gerai menjual jus ‘Jugo de Rana’ ciptaannya kepada penduduk tempatan dan pelancong yang berani mencuba jus ‘sedap’ itu.
Dia menjual lebih kurang 80 minuman berasaskan katak setiap hari, dan kebanyakan pelanggannya meminum jus itu sebagai minuman sarapan pagi kerana ia memberikan mereka tenaga sepanjang hari.
Katak yang digunakan diperoleh dari Tasik Titicaca yang terkenal, yang terletak pada aras tinggi di selatan Peru.
Cara jus katak segar dibuat ialah katak dibunuh dengan menghentaknya ke atas jubin, dibuang kulit dan dimasukkan ke dalam pengisar bersama 20 bahan lain termasuk kacang putih, madu, pokok lidah buaya, malta, maca (sejenis akar Andean yang juga dipercayai boleh meningkatkan tenaga dan nafsu seks) dan kadang-kala wain (arak).
Jus Katak... Anda Berani Minum?
Minuman ‘sedap’ itu juga dikenali sebagai ‘Peruvian Viagra’ (Viagra Peru) yang berharga hampir RM7, tetapi bagi  para peminat jus pelik itu berkata ia berbaloi setiap sen untuk kesannya pada badan mereka.