~ Lia Rojas mahu mati dalam Islam...



Lia Rojas sudah setahun mempelajari Islam. Tetapi hanya baru enam bulan yang lalu dia mengucap dua kalimah syahdah dan rasmi menjadi seorang Muslimah. Wanita dari Dallas Texas, AS ini sanggup melepaskan agama lama yang dianutnya selama ini demi Islam.

Semuanya bemula ketika Lia menjadi guru agama Khatolik. Suatu hari dia mengajar tajuk 'MENGAPA MEMILIH KHATOLIK?' Ketika dia membuat persiapan untuk tajuk itu dengan tidak sengaja dia menemukan Islam.

Dengan rasa ingin tahu, dia terus mencari info tentang Islam di Internet dan dengan info itu hinggalah mendorongnya datang ke masjid dan berpeluang berkenalan dengan  rakan-rakan Islam di situ. Bermula dengan senaskah al-Quraan yang diterimanya sebagai hadiah dia mula membaca dan menghayati kandungannya.

Sejak dari itu dia tidak lagi mengunjung gereja dan tidak lagi mengajar. Kata Lia, pertama kali dia membaca al-Quraan seolah-olah ada sesuatu yang masuk ke kalbunya. Akhirnya Lia memutuskan dengan yakin untuk memeluk Islam.

Keluarga dan teman-temannya terkejut dengan keputusannya itu. Tetapi Lia sudah nekad dan tidak akan berpatah balik dan akan membuktikan kebenaran ajaran Islam berbanding agama lain.

Menurut Lia ada satu pengalaman yang cukup bermakna sebelum dia memutuskan untuk bersyahdah. Seperti gadis barat lain ke mana saja Lia pergi, dia lebih selesa untuk hanya memakai seluar pendek dengan kemeja T dengan bahagian atasnya mendedahkan dada. Ketika itu dia sudah dua bulan membaca al-Quraan.

Sebaik saja dia hendak keluar dari keretanya, tiba-tiba dia terpandang akan keadaan dirinya. Saat itu dia merasa malu yang tidak terhingga. Katanya dia cuba membuka keretanya berkali-kali, tetapi tidak mampu untuk keluar, kakinya seolah-olah menjadi kaku untuk melangkah. Dia terus menangis dan balik ..

Semenjak dari peristiwa itu, sedikit demi sedikit dia merubah penampilannya. Belajar memakai pakaian yang tidak mendedahkan dan akhirnya menutup aurat sepenuhnya ..

Saya merasa begitu mendapat istimewa dari Allah swt. Jujur dari jiwa saya, jika saya mati, saya akan mati sebagai Muslim walau apapun cabaran yang datang..




~ Kaka bakal masuk Islam tahun 2012 ...




Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.

~ Tanda-tanda awal kanser - sebarkan ..


Sebarkan: Kanser Membunuh - Tanda-tanda Awal Kanser
Dipetik: Syareena.com
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil
p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…

~ untuk mulakan tahun baru - renung wasiat Hassan al-Banna.



Semuga kedatangan tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012 marilah kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang masih sesuai digunakan sebagai panduan hidup sehari-hari walaupun sudah beratus tahun beliau tiada di dunia ini.

1- Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.

2 - Bacalah al-Quraan dan cubalah memahami mesejnya. Selalu berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit dan kurangkan mengisi masa tanpa tujuan.

3 - Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quraan. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.

4 - Usahlah berdebat tanpa adab dan dengan pekara yang sia-sia. Berdebatlah jika kiranya kearah kebaikan kerana ketika itu ada bisikan syaitan untuk membawa kepada pentengkaran.

5 - Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa.

6 - Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan- Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. - Tanpa gurau, tawarlah kehidupan.

7 - Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di hadapanmu

8 - Usah mengumpat dan usah merendah-rendahkan orang lain.

9 - Tunjukan kemesran sesama umat manusia dan seisi alam. Hulurkan salam perkenalan. Salam kemeseraan untuk sejagat.

10 - Maksimumkan feadah waktu dan dan tolonglah orang lain.


~ aku bahagia menjadi single mummy..


**
"Saya bahagia sekali pun menjadi single mother..." luahan hati seorang ibu empat anak. Menjadi ibu tunggal kepada empat putrinya bukanlah pilihan dalam hidupnya, dua tahun lalu suami yang sangat dicintai telah meninggalkannya.

Bayangkan...  ketika kesakitan luka masih terasa dia bersama empat anaknya terpaksa meninggalkan rumah sepencarian yang didaftar atas nama suami kerana ingin hidup tenteram dan bahagia. Banyak saudara-mara yang menawarkan diri untuk mengambil anak-anaknya yang ketika itu masih kecil, namun... semua ditolaknya.

Dalam setiap dugaaan yang ditempuhi ibu muda ini, perjuangan yang paling berat yang betul-betul mengugat jiwa bila anak-anaknya bertanya "Mengapa ayah tak balik-balik Ma?" Dia menangis setiap kali mendengar pertanyaa anak-anaknya itu, walaupun apa saja dugaan yang datang sebelumnya dia mampu atasi dengan senyuman.

"Sahabatku, tidak pernah aku menduga akan menjadi begini akhirnya perkahwinanku. Dibina atas dasar cinta akhirnya musnah di tengah jalan angkara orang ketiga.... angkara suami alpa dan lupa ... atau angkara akukah yang memang tidak pernah dinyatakan kesalahanku oleh sesiapa...?

Kehidupan ini memang kita yang membuat pilihan, tetapi tuhan yang menentukan. Redho dalam terpaksa melalui semua ini walau tidak mudah dihadapi, tapi demi masa depan demi kehidupan kita kuatkan jiwa dan iman." 


Katanya redho menerima ketetapan Allah akan membuat dia kuat dalam menempuh hidup. Ibu adalah tumpuan bagi anak-anak. Bila seorang ibu tidak kuat dan kukuh, maka anak-anaknya akan menderita jiwa dan raga. 


Tugasannya sekarang mencari kehidupan yang selesa untuk anak-anak, mencari nafkah, menghantar anak-anak ke sekolah dan segala-galanya yang memerlukan perjuangan yang bersulam titisan keringat dan titisan air mata..

Namun aku mendapat ketenangan jiwa ketika ini. Walaupun sendirian menempuh liku-liku hidup... aku ada Allah tempat untuk mengadu, bercerita, bermanja dan apa saja yang aku ingin luahkan, DIA setia di sisiku...


Tidak seperti dulu jiwa kacau kerana kegilaan manusia yang kemarukkan cinta...

~ stop onani dari sekarang! ..


#- Remaja Brazil maut dipercayai terlebih melakukan onani -

TRIBUNNEWS.COM melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun dari Rubiato, Goias, Brazil meninggal dunia dipercayai akibat terlalu banyak melakukan onani
Pada suatu hari, dia dikatakan melakukan masturbasi berpuluh kali sebelum ditemui telah meninggal dunia pada keesokkan hari oleh ibunya.
Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks melampau itu tetapi malangnya dia terlambat.
Seorang teman kelas remaja lelaki itu yang namanya dirahsiakan itu mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur.
Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera.
Siasatan mendapati bilik remaja itu dipenuhi majalah pornografi.
Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks ditemui di komputernya.

                                           =======================================

Onani adalah satu perbuatan tercela dan dilarang keras oleh agama. Akibat jika melakukan terlalu banyak onani baik lelaki mahupun perempuan akan merosakan diri dalam jangka masa panjang. 
Ini telah banyak terbukti akibat dari selalu beronani akan cepat mati pucuk bagi orang lelaki. Bagi kaum perempuan yang selalu melakukan onani pula akan merosakan dinding vagina dan akan mengundang kepada barah pangkal rahim..
Onani juga akan mengakibatkan lemah-lemah badan kerana otak bekerja keras untuk menimbulkan fantasi yang tinggi tentang sex. Orang yang selalu berfantasi tinggi tentang sex akan kelihat tidak bermaya, lesu, tidak bersemangat, tiada seri pada wajah dan akan cepat mengalami lemah lutut.
Oleh itu jika ingin kepuasan batin dipenuhi, lebih baik menikah dan melakukan sex secara halal supaya selamat dunia - selamat akhirat .. wallahhualammm ..

~ stop onani dari sekarang! ..


- Remaja Brazil maut dipercayai terlebih melakukan onani - 
TRIBUNNEWS.COM melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun dari Rubiato, Goias, Brazil meninggal dunia dipercayai akibat terlalu banyak melakukan onani
Pada suatu hari, dia dikatakan melakukan masturbasi berpuluh kali sebelum ditemui telah meninggal dunia pada keesokkan hari oleh ibunya.
Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks melampau itu tetapi malangnya dia terlambat.
Seorang teman kelas remaja lelaki itu yang namanya dirahsiakan itu mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur.
Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera.
Siasatan mendapati bilik remaja itu dipenuhi majalah pornografi.
Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks ditemui di komputernya.

                                           =======================================

Onani adalah satu perbuatan tercela dan dilarang keras oleh agama. Akibat jika melakukan terlalu banyak onani baik lelaki mahupun perempuan akan merosakan diri dalam jangka masa panjang. 
Ini telah banyak terbukti akibat dari selalu beronani akan cepat mati pucuk bagi orang lelaki. Bagi kaum perempuan yang selalu melakukan onani pula akan merosakan dinding vagina dan akan mengundang kepada barah pangkal rahim..
Onani juga akan mengakibatkan lemah-lemah badan kerana otak bekerja keras untuk menimbulkan fantasi yang tinggi tentang sex. Orang yang selalu berfantasi tinggi tentang sex akan kelihat tidak bermaya, lesu, tidak bersemangat, tiada seri pada wajah dan akan cepat mengalami lemah lutut.
Oleh itu jika ingin kepuasan batin dipenuhi, lebih baik menikah dan melakukan sex secara halal supaya selamat dunia - selamat akhirat .. wallahhualammm ..



~ pos macho apek untuk majalah GLAM ..

Pose Macho Apex Untuk Majalah GLAM
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.



~ isteri beraksi nakal - apa kata Ashraf Sinclair ..

Isteri Kembali 'Nakal'...Apa Kata Asyraf Sinclair?




Isteri Kembali 'Nakal'...Apa Kata Asyraf Sinclair?

Di dalam menutup tirai minggu terakhir tahun 2011, kita dikejutkan dengan gambar-gambar kontroversi isteri selebiriti tanahair, Asyraf Sinclair, iaitu Bunga Cinta Lestari yang dikatakan berpesta liar di sebuah parti baru-baru ini.
Di dalam gambar yang tersiar, Bunga Cinta Lestari dilihat beraksi dalam pelukan beberapa teman lelaki sambil memegang ‘teh O keras’ dan sebatang rokok di celah jari.

Bagaimanapun, dipercayai Asyraf ada bersama-sama isterinya ketika gambar-gambar itu dirakamkan merujuk kepada sebahagian kecil wajahnya yang turut terakam di dalam gambar-gambar tersebut.
Untuk rekod, Asyraf Sinclair mengahwini Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Jakarta.
Pasangan ini kemudiaannya dikurniakan seorang cahaya mata, Noah, pada 22 September tahun lalu dan kini berumur baru setahun tiga bulan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar-gambar tersebut dirakamkan.
“Tidak dapat dipastikan bila gambar ini diambil, tapi jika ianya gambar terbaru BCL (Bunga Cinta Lestari), maka apalah nasib Noah Sinclair yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ya?,” kata pemilik blog OhBulan.
Namun, digambar tersebut jelas tertera masa gambar-gambar tersebut dirakamkan iaitu sekitar jam 1.51 pagi, mungkin di Indonesia atau mana-mana negara di dalam dunia ini.
Selain itu, Bunga Cinta Lestari juga pernah menimbulkan kontroversi apabila gambar-gambarnya yang berbikini seksi dan hanya berbaju tidur yang nipis sambil bersiar-siar di Bali tersebar di internet pada Ogos 2009, setahun selepas diijabkabulkan dengan Asyraf.
Persoalannya, apakah komen Asyraf mengenai sikap dan penampilan isterinya itu?
Meskipun Asyraf turut berada di parti itu, apakah tidak wujud sekelumit pun rasa cemburu, tidak puas hati, sedih atau kecewa apabila isteri sendiri ‘beraksi’ sebegitu di depan lensa bersama-sama teman yang bukan muhrim?
Bagaimanapun, penulis berharap dan berdoa agar Asyraf bijak mengawal keadaan dan sikap isterinya serta memberikan teguran yang sewajarnya kepada ibu Noah tersebut.
Bukan untuk ‘menjaga tepi kain orang’ atau terlibat dengan masalah rumahtangga orang, penulis rasa sayang sangat sekiranya Asyraf dan Bunga Cinta Lestari mensia-siakan keindahan ciptaan Tuhan seolah-olah ‘hidup menongkat langit’.
Semoga kita semua, Asyraf dan keluarganya mendapat hidayah dari Allah dan kita sama-sama doakan agar saudara-saudara seagama kita yang lain menjadi lebih beriman dan bertambah baik tahun hadapan berbanding tahun 2011 ini.
Sama-samalah kita berubah demi satu kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT.
kredit untuk ZAMZUKHAIRI NOORDIN

~ protes seksi 4 aktivis haiwan ..

Protes Seksi Aktivis Haiwan

LOS ANGELES – Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.
Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.
Ia dilakukan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Namun, polis tetap menahan seketika empat wanita berkenaan yang masing-masing mewarnakan badan sebagai seekor lembu, harimau bintang, ular dan harimau.
Kumpulan aktivis berkenaan dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangan mereka diambil.
Demonstrasi seksi itu diadakan bagi menggesa orang ramai supaya memberi ‘kelegaan’ kepada haiwan dengan tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang pada musim cuti Krismas tahun ini. – AFP/MyNewsHub

~ HANGAT - nyaris ditelanjangi monyet Bali ..


Charmian Chen, seorang mahasiswi cantik asal Taiwan mengunjungi hutan monyet di Ubud, Bali. Namun yang membuat mukanya menjadi merah padam, apabila dua ekor monyet "penasaran” yang hampir saja membogelkannya.
Mahasiswi berusia 22 tahun, itu sedang bercuti di pulau Bali dan memutuskan untuk memberi makan kera ekor panjang ketika dia sedang sendirian.
Mungkin kedua monyet ini melihat sepotong jagung yang tersangkut pada pakaian Chen atau mungkin juga terpesona dengan kecantikannya, kera itu kemudian berusaha menyeluk baju yang dipakainya.
Meskipun Chen berusaha menghalangi aksi ‘brutal’ kedua monyet itu, salah seekornya ini berjaya menarik turun baju kemban yang dipakainnya sehingga model cantik ini berusaha menutupi dadanya dengan tangan.
Namun, gambar ini segera menjadi hit di internet. Bahkan fotonya ini menjadi berita utama di negaranya, Taiwan di mana stesen TV setempat memintanya untuk tampil dan menceritakan pengalamannya tersebut. Tidak hanya itu, gambar payudara Charmian Chen juga tersebar luas di seluruh dunia, muncul di sejumlah blog dan menjadi perbincangan di berbagai forum dunia maya di Amerika Serikat dan Inggris.
“Pada awalnya foto-foto itu saya anggap lucu, tetapi ketika saya kembali ke Taiwan, banyak orang yang mengirimkan permintaan teman di akaun Facebook saya. Aku berpikir itu agak aneh dan kemudian salah satu dari mereka mengatakan mereka pernah melihat gambar-gambar tersebut dan aku benar-benar terkejut,” tuturnya yang dkutip Mail Online.

hah buat lagi! ..





                      Si Monyet Bali pun tak tahan .. 

~ kisah 8 artis Korea yang mati bunuh diri ..

Jung Da Bin
Artis dan penyanyi Jung Da Bin, mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia didapati mati bunuh diri di apartemen kekasihnya di Seoul. Jun Da Bin bunuh diri dengan cara gantung diri. Kekasihnya menemukan artis ini di bilik mandi dengan tuala melilit di lehernya. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007.
Tak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatannya di blog pribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang menghadapi tekanan perasaan. Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin.
“Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasa saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya merasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti budak. Saya merasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti. Dan di saat yang sama, saya mendapatkan teguran. Saya merasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja.”
Lee Eun Joo
Aktris dan penyanyi Korea ini ditemukan bunuh diri di apartementnya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005. Artis berusia 24 tahun ini, membunuh diri setelah beberapa hari dirinya lulus dari Universitas Dankook. Lee memotong tangannya dan gantung diri.
Sebelum bunuh diri, Lee Eun Joo sempat menuliskan sepucuk surat untuk ibunya. Dia menuliskan surat itu dengan darahnya sendiri. “Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak hal. Meski saya hidup, tetapi saya tak merasa hidup... saya tak mau mengecewakan lagi. Menyenangkan memiliki wang. Saya ingin mempunyai wang banyak,” pesan Lee Eun Joo
U; Nee
Januari 2007, dunia hiburan Korea, kehilangan artis kebanggaan mereka. U;Nee yang selama ini dikenal sebagai penyanyi dan pelakon ditemukan gantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan. 
Woo Seung Yoon
Woo Seung Yoon bunuh diri di saat fenomena bunuh diri sedang rancak diperkatakan di Korea. Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun. Dia gantung diri di atas almari rumahnya pada 27 April 2009.
Jang Ja Yeon
Artis cantik ini pendatang baru di dunia dalam dunia hiburan. Jang Ja Yeon ditemukan bunuh diri di rumahnya. 
Jang Ja Yeon menulis alasannya bunuh diri kerana adanya eksploitasi dan juga pelecehan seksual kepada dirinya di kalangan penggiat hiburan.
Dalam catatan yang dibuat sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan Korea. Dia dipaksa menjadi budak seks untuk orang-orang kaya di sana semasa dia memulakan kerjayanya
Park Yong Ha
Bintang siri drama Winter Sonata ini mengantung diri dengan kabel di rumahnya di Seoul pada 30 Juni 2010. Park, 32 tahun, bunuh diri kerana kecewa ayahnya menghidap cancer perut. Dia sangat menyayangi ayahnya dan merasa bersalah atas penyakit yang diderita ayahnya itu. 
Song Ji Seon
Song meninggal pada 23 Mei 2011, setelah terjun dari tingkat 19 apartementnya di Seoul. Setelah diselidiki, Song bunuh diri kerana cinta. Dia mengaku punya skandal asmara dengan pemain bisbol profesional, Im Taehoon (23). Namun Im menafikannya dan Song sakit hati. .
Chae Dong Ha
Ini kes yang terbaru, Chae Dong Ha dijumpai gantung diri di kediamannya pada 27 Mei 2011. Dia dikatakan bunuh diri kerana tekanan akibat bekas pengurusnya meninggal dunia dua tahun lalu juga akibat bunuh diri.

~ tips mengatasi kentut agar tidak berbau ..


Walaupun kentut merupakan reaksi semula jadi tubuh, tapi kalau asyik kentut je dan berbau busok pula .. tentulah menimbulkan satu masalah dan membuatkan orang di sekeliling tidak suka .. betul tak?

Pada yang biasanya kentut 10 hingga 20 kali sehari, itu dianggap normal dan menunjukkan mempunyai usus yang sehat.

Bagi yang memang selalu angin satu  badan, sini ada beberapa petua untuk
mengatasi kentut yang berbau...

heheheh.. demi mengelakkan kentut berbau, baik mencuba, sebab kadang-kadang angin kentut yang ingin membebaskan diri ini tidak boleh di tahan-tahan, dan akan memaksa siempunya badan membebaskanya walau di mana berada ....

1. Minum teh herba 
Minum teh herba atau teh hijau selepas makan dapat mencegah terbentuknya gas di usus. Bahan yang ada dari daun teh dapat membantu tubuh mencerna makanan sehingga mencegah kentut berbau.
2. Elakkan makan makanan ini
Elakkan makan makanan yang tinggi serat seperti kekacang, makanan berubi, brokoli dan kubis. Minuman berakohol dan bersoda juga dapat membuat kentut berbau. Kadang-kadang ada orang yang minum minuman dari susu, keju dan yogurt juga menghasilkan kentut berbau.
3. Bersenam
Melakukan olahraga yang teratur juga dapat membantu meringankan gas kentut yang berlebihan yang menyebabkan kentut berbau busuk. Pilih latihan yang ringan seperti jalan kaki dan yoga, yang dapat membantu kerja sistem pencernaan yang sehat.
4. Ubah kebiasaan ketika makan
Ubah kebiasaan makan untuk membantu tubuh mencerna makanan dengan mudah dan mengurangi udara yang masuk ke perut ketika makan. Kunyahlah makanan dengan perlahan, mulut tertutup, tidak dengan gigitan besar dan tidak bercakap ketika makan. Jangan minum ketika makan, untuk mencegah udara masuk ke perut.

Harap-harap dapat membantu ...

~ Reaksi wanita setelah menikah ..


Reaksi wanita bila dapat tahu suami naik pangkat & naik gaji .. 
Honeymoon… Reaksi wanita bila dicium pertama kali & oh! betapa hebatnya suamiku…
1 tahun pernikahan… Reaksi wanita bila tahu gaji pokok suami takat tu aja, tak naik-naik ...
3 tahun pernikahan… Reaksi wanita bila tahu kalau dah tiga tahun kahwin, gaji suami tetap tak naik-naik ..