Diriwayatkan dari Muhammad bin Syujja’ , bahawa suatu ketika Khalifah Abu Ja’far al-Manshur memerintahkan bawahannya untuk menganugerahkan wang sebanyak 10 ribu dirham kepada Nukman bin Tsabit atau yang lebih dikenal dengan nama Abu Hanifah panggilan untuk Imam Hanafi r.a.
Ketika utusan khalifah sampai di rumahnya, Imam Hanafi lalu berkata kepada utusan yang membawa wang tersebut: “Masukkanlah wang tersebut ke dalam tas kulit ini dan letakkanlah di sudut rumah.” Beliau lalu memberikan sebuah tas kulit dan menunjuk ke suatu tempat di dalam rumahnya.
Selang beberapa waktu kemudian Imam Hanifah berwasiat kepada anaknya: “Wahai anakku, kelak setelah aku mati dan usai aku dikuburkan, maka ambillah dirham puluhan ribu yang ada di dalam tas kulit di sudut rumah ini. Bawalah kembali kepada Khalifah dan katakanlah kepadanya: “Ambillah kembali wang yang selama ini telah engkau simpan pada Abu Hanifah.”
Berkata anak Abu Hanifah: “Maka aku lalu melaksanakan wasiat itu.”
Andai saja hal itu terjadi kepada kita, mampukah kita melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Imam Hanafi r.a tersebut. Wang yang diberikan oleh Khalifah kepadanya dianggap sebagai simpanan Khalifah dan dikembalikannya semula...
Wallahua’lam.
(Dipetik dan di-edit kembali dari Al-Ihya’ karangan Imam Al-Ghazali r.a)
No comments:
Post a Comment