~ rahsia antara 2 bilik ..





 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging. Apabila ia baik nescaya baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak nescaya binasalah seluruh badan. 


Ketahuilah ketulan daging itu ialah hati. (Bulughul Maram -Ibnu Hajar Al-Ashqolani; Abu Dawud ; Bukhari Bab 39:39; dan Muslim 33:2996; Riyadhus Shalihin, -Imam An-Nawawi- Bab68# 585)






Abdullah ibn Shaqiq Radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 “ Terdapat dua bilik di dalam hati semua orang. 


 Dalam satu darinya duduknya malaikat.

 Sementara yang satu lagi duduknya syaitan. 


 Apabila seseorang itu mengingati Allah , syaitan akan beredar pergi dan apabila seseorang itu tidak mengingati Allah, syaitan akan meletakkan muncungnya ke dalam hati tadi dan membisikkan keburukan ke dalamnya. (Al Hisnul Haseen, Allamah Muhammad Al-Jazri, ms 29).


Dari itu marilah kita sama-sama menjaga hati dengan sentiasa mengingati Allah dengan zikirullah....

No comments:

Post a Comment