~ selamatkan Gunung Jebak Puyoh ..

 Gunung Jebak Puyuh diantara yang tercantik yang terdapat di kawasan rekreasi Gunung Senyum. Yang lainnya iaitu Gunung Terus, Gunung Balik Oi dan Gunung Che Ngah.

Ada pihak yang bercadang untuk membina kilang simen yang bernilai 1.2 billion di kawasan hutan rekreasi ini. Kilang ini sudah tentu akan merosakan ekosistem alam sekitar dan seterusnya memusnahkan industri pelancongan di sini.

Mak cik pun tak faham kenapa kilang simen dan kuari ni nak dibina di sini. Banyak lagi tempat lain yang tidak merosakkan alam sekitar dan harta benda. Malang sungguh nasib cucu cicit kita akan datang  ..








3 comments:

  1. cantiknya tmpt dia.....mesti best pergi gunung ni.....besar2 nnt ada keje ada duit nk pi sana lah...hihihi :)

    ReplyDelete
  2. pada yg sukakan cabaran hutan,aktiviti lasak, tempat ni mmg sesuai ..

    ReplyDelete
  3. Tu la sebaiknya kita sama2 memelihara kecantikan dan menjaga daripada dimusnahkan oleh jerung2 yang rakus mencari keuntungan demi kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete