~ mayat pun nak berebut ..




 SEREMBAN – Sebuah keluarga yang mahu menuntut mayat seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban terkejut apabila mendapati mayat lelaki berkenaan telah dituntut oleh individu lain yang tidak dikenali.

 Ahli keluarga terbabit, Andrew SK. Lim, 42, berkata, dia sampai ke HTJ semalam untuk menuntut mayat abangnya, Lim Hock Tseng, 51, yang meninggal dunia kelmarin selepas 10 hari dimasukkan ke hospital itu kerana sakit berkaitan paru-paru.

 Andrew bersama beberapa ahli keluarga lain datang dari Johor dan Singapura selepas dimaklumkan oleh pihak HTJ mengenai kematian Hock Tseng pada pukul 8.30 pagi kelmarin.

 Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di bilik mayat, dia terkejut kerana diberitahu oleh petugas di situ bahawa mayat abangnya sudah dituntut oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai abang kepada Hock Tseng.

 “Seorang atendan di bilik mayat memberitahu seorang lelaki mengaku sebagai waris Hock Tseng dan menuntut mayat itu pada petang kelmarin.

 “Lelaki itu menunjukkan kad pengenalannya yang mempunyai nama keluarga ‘Lim’ yang sama dengan nama keluarga saya,” kata Andrew ketika ditemui di sini semalam.

 Mak cik rasa laa, kalau bukan kes salah orang, kes pasal si mati ni banyak harta kut, adalah laa manusia lain yang mengaku saudara kerana nak tuntut harta simati. Atau pun yang tuntut mayat ni kenalan rapat simati .. apa-apa pun semua pekara yang dalam fikiran mak cik ni berkemungkinan terjadi .

No comments:

Post a Comment