~ belajar menghargai perasaan orang lain ...
Kisah seorang perempuan yang tidak pernah yakin dengan cinta seorang lelaki.
Baginya , seorang lelaki yang menyatakan cinta padanya hanya palsu, cerita kosong & cuba mempermainkan perasaannya & sengaja mencari perhatian untuk cuba mengodanya.
Begitu tidak acuhnya perempuan cantik itu terhadap lelaki , hingga sering mengabaikan, menghampakan lalu begitu mengecewakaa perasaan seorang lelaki dengan sikapnya itu.
Terkadang perempuan itu juga tidak pernah mengerti mengapa ada kawan-kawannya yang putus cinta begitu sedih, gundah gulana dan hiba dan kelihatan begitu terluka.
..........kerana dia memang tidak pernah merasa betapa pahitnya & kecewanya rasa putus cinta itu.
Hingga suatu hari …
Secara tidak sengaja perempuan ini berkenalan dengan seorang lelaki.
Lelaki yang biasa saja perwatakkannya. Kelihatan tidak ada apa-apa kekayaan dan kemegahan yang dimilikinya.
Lelaki itu begitu bersahaja , jarang sekali merayu , jarang sekali menonjolkan kelebihannya .. Sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh seorang lelaki yang sering ditemuinya.
Namun kerana sikap yang ada pada lelaki itu , si perempuan sangat merasa aman dan nyaman , dia menjadi tidak takut menjadi korban seorang lelaki …
Oleh kerana terlalu biasanya lelaki itu, tiba-tiba perempuan itu berasa selalu ingin melihatnya.
Sekarang keadaan menjadi terbalik. Perempuan yang dulunya sering tidak acuh kepada setiap lelaki yang sangat – sangat tergila – gilakannya kini tergila-gilakan pula pada lelaki itu.
Tapi sampai suatu masa, tiba – tiba lelaki itu hilang begitu saja .
Smsnya tidak pernah berbalas lagi. Hatinya semakin terasa sakit apabila setiapkali panggilannya tidak pernah diangkat.
Hinggalah sampai suatu ketika no telefon lelaki itu langsung tiada dalam liputan...
Sejak saat itu si perempuan mulai merasa apa itu kehilangan.
Kini teringat dia, bahawa dia dulu selalu membiarkan HPnya berdering banyak kali. Tidak mengacuhkan panggilan lelaki yang menyukainya.
Kini si perempuan pun baru sedar , betapa sakitnya bila rindu tak berbalas ,
Dari lelaki itu dia banyak belajar, untuk menghargai perasaan orang lain .
Kini perempuan itu merenung diri dan menyedari kesilapan dan sering menyesal dan sering mengungkap kata "bahwa menghargai perasaan orang lain sama pentingnya dengan menghargai perasaannya sendiri."
Erti sebuah cinta yang tak berbalas ... kuang.. kuang.. kuangggggggg..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cerita awak ni memang sedih. Sob sob.
ReplyDeletealala sedihnyee :(
ReplyDelete