~ antara suami, lidah & musuh




 Dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami dan isteri sama-sama kena faham. Ada suami hanya tahu isteri kena dengar cakap dia saja, sebab si suami tadi tidak tahu ada hadis yang mengatakan suami pun kena hormati dan fahami isteri...  

 Ramai ibubapa tahu anak jangan derhaka kepada mereka, itu memang betulll ...akan tetapi ibubapa juga kena tahu terkadang-kadang ibubapa yang buat anak-anak jadi derhaka.....

 Sekarang banyak kes isteri dipukul suami. Nabi Muhammad saw sangat marah apabila mengetahui ada suami yang memukul isterinya. Sabda baginda, 'Kenapa kamu memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' Hairan juga ya, isteri lebam-lebam kena pukul. Bila malam dipeluk-peluk dicium juga, sampai masa mengandung lagi... tak malu sungguh si pemukul, memang tak ada hati dan perasaan lelaki jenis ni..

Kita biasa dengar orang cakap.... 'kalau lah aku tak buat begitu, tentu tak jadi  begini...' sesungguhnya perkataan KALAULAH, SEANDAINYA, ANDAIKATA... itu perkataan syaitan yang mahu merosakkan iman pada gada dan qadar, gantilah kata-kata itu dengan menyebut INI SEMUA KETENTUAN ALLAH, MESTI ADA HIKMAT DAN NIKMAT...

Masalah bertimpa-timpa jiwa jadi resah, kosong, sunyi. Dalam rumah tangga, pasangan buat hal, anak-anak bermasalah, ekonomi meruncing, pening-peningggg... bisikan dalam hati anda selalu, ALLAH MAHA BESAR, insyallah kecillah masalah itu...



Jangan jadi manusia yang manja sangat. Hanya ingin mendapat dan enggan memberi, ingin diperhati dan tidak mahu memerhati. Mahu dihargai, tapi takmahu menghargai. Orang manja tak boleh diharap dan tidak boleh diajak & diharap utk berjuang..

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Sesiapa yang menjaga kehormatann orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga..


Lidah yang berukurabn 3 inci saja boleh membunuh ribuan manusia yang berukuran enam kaki, jadi jagalah lidah anda jaga bicara, jaga tingkahlaku...


Musuh yang memusuhimu dengan terang-terangan adalah lebih baik daripada kawanmu yang palsu...

No comments:

Post a Comment