Assalamualaikum sahabat seagama ...
Tolong ambil tiga minit untuk baca note ini. Tiga minit saja, tak lama pun...
Mungkin ada yang sudah baca kisah ini, tapi tidak salah kalau kita baca sekali lagi.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Bayangkan jika pekara ini berlaku kepada kita....
Di sebuah masjid, pada suatu hari Jumaat. Sedang lebih kurang 1000 jemaah bersiap untuk menunaikan solat Jumaat, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi muka dan tubuhnya dengan pakaian hitam dengan membawa dua buah mesin gun.
Lalu salah seorang darinya bertempik. "Siapa yang sanggup mati kerana Allah berdiri di tempat kamu!!" Selepas mendengar amaran dari lelaki itu, maka ramailah jemaah bertempiran lari untuk menyelamatkan diri.
Daripada jumlah 1000 orang itu tadi, hanya tinggal lebih kurang 20 orang saja di tempat masing-masing termasuk pak imam.
Lelaki tadi membuka penutup mukannya lalu berkata menghadap pak imam. "Baiklah pak imam, saya dah menghalau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah pak imam mulakan sembahyang Jumaat, lalu kedua-dua lelaki itu berpaling dan meninggalkan masjid.
Macamana, anda rasa lawak tak apabila membaca cerita di atas.?
Lawakkan? Daripada 1000 orang yang mengaku Islam, hanya 20 orang yang betul-betul beriman.
Kedua lelaki itu hanya membawa mesin gun. Mereka tidak pun berkata mahu membunuh.
Lawakkan? Mudahnya manusia lupakan Allah bila menghadapi bahaya.
Begitulah generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut sikit dah lari lintang pukang, lupa yang mereka belum menunaikan solat Jumaat lagi.
Lawakkan? Ramai yang percaya pada gossip, yang tertulis pada suratkhabar dari yang tercatat dalam AlQuraan.
Lawakkan? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat tempat kekal abadi, tetapi mereka tetap berlumba-lumba mengejar dunia.
Lawakkan? Kita boleh bersembang dengan kenkawan berjam-jam, tapi nak berdoa kepada Allah sentiasa terkejar-kejar seolah2 sentiasa x cukup masa.
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak note yang berunsur jenaka dan lucah ke semua tempat tapi berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang berunsur agama... tapi itu memang realiti kan.. wallahualam
No comments:
Post a Comment