~ hebatnya beristerikan perempuan muda ..

                                sori gambar kurang jelas ..




KUALA LUMPUR – Impian seorang warga emas mengakhiri zaman bujang dengan bahagia bersama seorang wanita muda dari negara asing bertukar derita, setelah isteri dikenalinya melalui ejen, seorang yang panas baran.

Selain dipaksa tidur di luar rumah, Chin, 61, diperlakukan secara kejam, apabila wanita dari Vietnam itu, menggigit telinganya malah mengugut untuk memotong kemaluan lelaki itu, sekiranya meminta melakukan hubungan seks.

Menurutnya, wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai Quang tersebut menjadi pilihan hatinya selepas ditunjukkan beberapa gambar calon lain menerusi telefon bimbitnya oleh ejen pencari jodoh.

“Bagaimanapun selepas mendirikan rumah tangga dia berubah serta-merta dan tidak benarkan saya menyentuhnya. Dia menolak setiap kali saya ingin mengadakan hubungan seks. Lebih menakutkan pada Ahad lalu, dia menggigit telinga kiri saya menyebabkan kesan 10 lubang serta menggugut akan memotong alat kelamin saya sekiranya menyentuh tubuhnya lagi.

“Malah dia takutkan saya dengan mengatakan dia menghidap HIV, menyebabkan saya membuat pemeriksaan kerana bimbang dijangkiti penyakit itu berikutan kejadian gigit telinga,” katanya di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurutnya, selain diperlakukan demikian, isterinya juga pernah tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah, menyebabkannya terpaksa tidur merata tempat seperti di perhentian bas, stesen minyak dan sekiranya ‘bernasib baik’ dia dapat tidur di dapur, stor dan ruang tamu.

Chin berkata, tidak cukup dengan itu, isterinya turut menderanya dengan mengembur minyak angin dan penyembur nyamuk pada mata.

Sehubungan itu, Chin berharap, supaya agensi dikenalinya melalui akhbar itu membayar ganti rugi kepadanya, memandangkan dia telah mengeluarkan perbelanjaan mencecah ribuan ringgit untuk perkahwinan tersebut.

Menyingkap kembali cara perkenalan diaturkan oleh agensi pencari jodoh , dia berkata, selepas membuat pilihan calon dia membayar pendahuluan RM5,000 pada 5 Julai lalu, sebelum diberi kebenaran untuk bertemu.

Kemudian Chin menjelaskan baki bayaran RM11,800 kepada agensi tersebut pada 22 Julai, sementara RM2,116 bagi permohonan visa serta levi pada 16 Ogos lalu.

Menurut Weng Seng, dengan apa yang berlaku itu, ternyata hasratnya untuk men gecap bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak kesampaian 



  Pada pandangan mak cik, tak kiralah lelaki atau perempuan, tak payahlah beria-ia sangat nak cari pasangan orang muda. Carilah calon yang umur tidak terlalu jauh jarak. Ataupun sebaya, barulah mudah memahami perasaan masing-masing. 


  ni kalau dah umur isteri sebaya dengan umur anak bongsu, kan dah mengarut jadinya. Bila siisteri pandang suami, rasa dah pandang ayah sendiri, patut pun segala-gala aktiviti yang hendak dijalankan terbantut.


  Tambahan pula isteri yang diimpot dari luar negara. Banyak pekara yang berbeza dari segi bahasa, adat dan budaya 


  Ada sesiapa terfikir ke orang muda yang datang jauh melalui agen ni datang dengan rela hati semata-mata untuk berkahwin dengan orang tua. Atau sekadar cuba mengambil kesempatan atau juga kerana  terpaksa. Sanggup ke dia berkorban untuk menjaga sisuami yang dah tua yang layak dipanggil ayah ini. 


  Akibat kerana nafsu yang tinggi dari kemampuan akhirnya macam-macam pekara yang tidak pernah terfikir akan berlaku. Salah satunya macam yang terjadi nilah. 


 Apa-apa pun made in Malaysialah yang terbaik

No comments:

Post a Comment