~ gila kerana matahari? ..
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.
Orang gila 1, sambil naik atas meja : "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1, sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi: "Aku nie matahari, lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 sambil berkata dalam hati: "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun, nanti jatuh.."
Orang gila 2 : "Jangan doktor! nanti kalau dia turun gelaplah dunia kita..."
Doktor : "???"
No comments:
Post a Comment