~ saya rugi RM96,000.00 ditipu warga Nigeria ..


                                      gambar google sekadar hiasan
                                                 
 Saya kerugian RM96,00.00 selepas meminjamkan wang kepada lelaki yang baru saya kenali melalui laman   facebook. Saya tidak menyangka dia lelaki Nigeria kerana dia mengaku dari Amerika Syarikat.

 Saya memasukkan wang ke akaun yang diberinya secara berperingkat-peringkat selepas dia memberitahu wang tunai dan kad kereditnya hilang ketika dia berada di Dubai menguruskan perniagaan.

 Permulaan perkenalan saya atas dasar bisnes. Sebagai ahli perniagaan saya rasa tidak salah menambah kenalan melalui laman sosial kerana ia satu peluang untuk berkongsi idea dan mengkembangan perniagaan.

 Dia memperkenalkan diri sebagai Alexender Mohamad berusia 40 tahun. Selepas beberapa kali berhubung melalui internet dan telefon, dia mengaku jatuh cinta dan tertarik dengan saya.

 Sepanjang dua bulan mengenalinya, Alexender sentiasa mengambil berat da tidak pernah jemu menunggu untuk bersembang melalui Yahoo Mesengger setiap malam.

 Dia menunjukkan kesungguhan untuk datang ke Malaysia bertemu saya dan keluarga sekali gus melamar saya sebagai isteri.

 Penghujung Mac lalu iaitu sehari selepas tiba di Dubai, dia menghubungi saya memberitahu begnya yang     mengandungi wang tunai, kad keredit dan dokumen peribadi hilang, lalu meminta bantuan saya.

 Atas dasar percaya, saya sanggup membantu dan memasukkan wang yang dimintanya menggunakan kiriman wang western union kepada lelaki sebagai Lai Min Choong kononnya ejen syarikat Alexander.

 Dari Mac hingga Jun lalu saya membuat tujuh kali kiriman wang tanpa menyedari saya menjadi mangsa penipuan.

 Julai lalu saya kembali ke Malaysia untuk menyambut Ramadhan dan saya menceritakan pekara itu kepada dua anak saya selepas Alexender gagal dihubungi sebaik kiriman terakhir saya berjumlah RM7,200.

 Anak-anak saya terkejut dengan tindakan saya dan mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, tambah pula syarikat yang didakwa milik Alexender kami dapati tidak ujud.

 Ini bukan pengalaman mak cik ya.  Ini pengakuan Puan Yani 54, warga Malaysia yang menetap di London dalam Metro Jumaat 30/9/2011.


 Mak cik pun sebenarnya banyak terima massage dari orang luar negara ni. Ada juga layan dua tiga. Ada juga yang sampai mintak duit dan data-data peribadi kita. 


 Perangai mak cik ni pula, apa saja yang pelik-pelik, mak cik suka bercerita dengan anak-anak. Nasib baiklah anak-anak sentiasa mengingatkan mak cik jangan terpedaya dengan gambar orang macho & lagi kacak tu. Kata anak mak cik itu semua kerja negro. Gambar tu entah gambar siapa yang diambilnya. Kesiankan pada tuan punya gambar tu kan. Dipergunakan gambar tu sedemikan rupa.


Setakat ini, Alhamdulillah tidaklah sampai terjadi sesuatu yang tidak diingini pada mak cik. Lagi pun mak cik mana ada ribu-ribu dalam bank .. deme salah orang. 


Sekarang ni ambil keputusan blok massage dari orang yang tidak dikenali hanya friend saja yang boleh hantar massage. Rasanya dengan cara itu saja lebih selamat..

~ tergoda personaliti romantis warga asing .. kisah percintaan maya.



  "Saya sangat pemalu. Berumur 29 tahun dan tidak pernah ada teman lelaki. Ketika belajar dan bekerja ada  juga lelaki yang ingin berkenalan, tetapi saya terus hilang minat sebaik mendapat tahu lelaki yang meminati saya itu juga melayan perempuan lain atupun merokok.

  Dalam usia saya semakin lanjut, kini saya mencari lelaki yang dapat menyayangi saya sepenuh jiwa tanpa saya rasa sangsi. Saya juga teringin sangat mendirikan rumah tangga dalam kadar segera.

  Sebenarnya saya sekarang ada kenalan lelaki bangsa asing yang beragama Islam berumur 40 tahun. Saya mengenalinya melalui internet. Saya sangat tertarik kepadanya kerana dia seorang yang romantis serta penyayang.

  Dia berjanji untuk datang ke Malaysia untuk berjumpa saya pada November ini. Kami sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin.

  Saya jatuh hati dan sangat mencintainya kerana personaliti dan juga cara dia melayan saya membuatkan saya sudah tidak kisah jarak umur dan bangsa."

  Kata mak cik Rose > inilah kisah percintaan antara dua benua. Cinta sudah tidak mengenal rupa dan usia. Tanpa pandangan mata, masing-masing sudah tidak dapat menahan gelora cinta. Ini pengakuan dari perempuan yang memang ketandusan cinta. Dia memang jujur dengan pengakuannya. 


  Tapi tidak siapa tahu apa yang bermain di fikiran lelaki yang dicintainya itu. Benar-benar cinta atau hanya sandiwara semata...


  Ingat beringat la kita semua, jangan cepat tergoda dengan kata-kata manis dan pujuk rayu. Sebelum mencintai seseorang telitilah dulu latarbelakangnya. Banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu dibuat apabila memilih pasangan berlainan bangsa, lebih-lebih lagi berlainan agama...

~ @ Pantai Kemasik ..











































~ awas kaki pecut.. speed trap di mana-mana ..





Team Ultimate-X
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound








*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity










*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

 Terima kasih JUFARDI RISMAN di atas info.



~ dicincang kerana hutang RM300.00 ..







gambar google


Hanya kerana meminta hutang yang berjumlah RM300, seorang mandur, Omar bin Daud maut dicincang. Lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, Penampang. Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan dengan menggunakan parang yang menyebabkan beberapa bahagian anggota badannya hilang. 

  Dalam kejadian jam 7 malam itu isteri Omar Fadilah Jali yang ketika berada di dalam rumah terdengar jeritan suaminya. Dia segera keluar rumah dan bergegas ke lokasi kejadian dan ternampak suaminya sudah tertiarap dengan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Fadilah berkata, dia nampak dua orang lelaki memegang parang yang berlumuran darah sedang berdiri di sisi suaminya.

  Kerana terperanjat, Fadilah menjerit memanggil anak saudaranya Hazri Sabri, 18 untuk meminta bantuan. Tetapi mereka lari ketakutan masuk ke dalam rumah dan menguncikan diri apabila salah seorang dari penjenayah itu mengejar mereka berdua dengan parang.

  Menurut Fadilah, kejadian bermula apabila salah seorang dari penjenayah itu ada meminjam duit dari suaminya sebanyak RM300.00 untuk berjudi. Setelah beberapa lama suaminya cuba meminta penjenayah itu memulangkan semula duit yang dipinjam.

  Tindakan Omar menuntut hutang itu menyebabkan penjenayah naik hantu dan terjadinya pertengkaran hingga menyebabkan Omar mati ditetak.

  Sebaik mendapati kedua penjenayah itu meninggalkan Omar yang sudah tidak bernyawa, Fadilah memaklumkan kejadian itu kepada polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh.

  Manusia semakin hilang pertimbangan...

  Sumber Metro 26/9/2011. Terima Kasih

~ nak kencing sangat pun, kunci la dulu pintu tu ..


                                                    gambar google

Tadi mak cik pergi hantar anak yang mahu balik ke Kuantan. Kami sampai di Perhentian Bas Pekeliling dan mengambil tiket jam 8:00 malam. Kerana hari masih awal, lebih kurang pukul 6:00 petang, mak cik ajak anak mak cik yang belajar di IKIP pergi minum ke Restoran Haslem.

Bukan tidak ada restoran yang berhampiran Perhentian Bas Pekeliling. Tapi mak cik sebenarnya sudah lama tidak ke sana. Lagi pun tekak mak cik tidak berapa selesa, teringin sangat makan bubur nasi yang disediakan di situ.

Sebaik matikan enjin kereta, tetiba saja perut mak cik meragam. Bukan sakit perut, tapi nak buang air. Mak cik pun berjalan dulu meninggalkan anak bujang mak cik yang leka menjawab telefon bimbitnya menuju restoran yang penuh dengan pelanggan. Mak cik menuju meja kosong sambil berdiri menunggu anak mak cik di situ.

"Nah pegang beg ibu, ibu nak ke tandas" Mak cik pun menonong menuju tandas tanpa mempedulikan orang yang lain yang asyik makan.

Tiba di belakang, ada dua pintu tandas yang cantik dan bersih. Mak cik baru nampak kelibat orang masuk ke dalam tandas yang paling hadapan. Mak cik tanpa banyak fikir terus capai pemegang pintu tandas yang satu lagi dan tarik...

"Oooooooopppppsssss ada orangggggg kikikikikiiii .... sorry" Apa yang hendak dikata. Salah siapa? Salah mak cik? Salah orang dalam tandas tu?. Mak cik mengaku mak cik memang ada salah, sebab tidak ketuk pintu. Orang dalam tandas tu pun salah, kenapalah boleh biarkan pintu tandas tidak berkunci..

Kok ye pun dah nak kencing sangat.. beringat la. Kunci dulu pintu tandas tu. Sambil kencing pun boleh kunci, bukannya susah sangat. Nasib baik mak cik yang nampak, kalau orang lain nampak lelaki hensome tercokoh kencing macam tu sure menjerit....

Peringatan: Lain kali masuk tandas, pastikan pintu dikunci dulu, baru boleh jalankan agenda seterusnya..

~ Budak 13 tahun ditahan gara-gara eksperimen seks

     
             gambar google

HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika
bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia
13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun,
kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu
membuatlaporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian
kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain
di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka
pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang
berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan
perbuatan
remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran
untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis
menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan
Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Entahlah budak-budak zaman sekarang ..















~ nak tahu rahsia nama anda? ..







Rahsia huruf pertama pada ejaa nama anda, mari tengok betul atau tidak apa tekaan mereka?..

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
baca buleh percaya jangan..

Walau apa pun ini hanyalah untuk hiburan semata-mata jer..betul atau salah itu hanya rahsia kita kannnnn .... 






~ bangga sara anak dengan hasil melacur ..

                                       gambar google

 "Saya terpaksa melacur demi mencari wang untuk membesarkan enam orang anak. Saya melakukan semua ini kerana digantung tidak bertali kerana suami enggan menceraikan saya sehingga sekarang dan semua anak ibu saya yang menjaganya untuk memudahkan saya menjalankan aktivti ini."

 Wanita ini membuat pengakuan ketika ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Kedah (JAIK) dalam satu serbuan ketika menunggu pelanggan di Jalan Limbongan Kapal. jam 10 malam Isnin lalu.

 Wanita ini juga berkata dia terjebak dalam aktiviti pelacuran selepas mengikut rakan dan katanya sukar mendapat pekerjaan lain. Menurutnya lagi, bermula dengan melacurkan diri di Lorong Patani enam tahun lalu. Dia berusaha melayan ramai pelanggan untuk memperoleh banyak wang bagi menampung pebelanjaan anak-anaknya.

  Bagaimanapun, selepas tempat itu dirobohkan pihak berkuasa, dia berpindah ke Jalan Limbong Kapal dengan  menaiki bas sejauh 20 kilometer dari rumah sewanya untuk melacur dan setiap hari dia mencari sekurang-kurangnya 10 orang pelanggan.

 Menurut wanita itu lagi dia tidak menyesal menjadi pelacur dan kerana seronok dengan aktiviti yang dilakukan, dan berpendapat pekerjaan itu mudah walaupun tahu berhadapan risiko jangkitan HIV. Dia juga tidak pernah bercadang berhenti daripada aktiviti tidak bermoral kerana berpendapat melacur lebih baik daripada mencuri atau merompak.

  Manusia semakin sesat..

Ya Allah tunjukkan lah kami jalan yang lurus.

Sumber Metro Jumaat 23/9/2011. tQ

~ dibakar sebab tolak ajakan seks ..


                                               



SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting
Terima kasih KOSMO..

~ bacaan untuk lelaki saja ..




Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

                                                                                            gambar google

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Paste aja.
Terima kasih pada yang memberi info.
Jasamu dikenang dunia & akhirat.

                                                                                      gambar google

~ jumpa kucing tangan kontot ..




Mak cik memang tak mahu terlibat dah dg kucing jalanan sebenarnya. Tapi kali ini memang tak sampai hati nak meninggalkan si comel tanpa sebelah tangan ni sendirian di tepi longkang. Mak cik ambil juga bawak balik ke rumah. Beri makan dan sediakan tempat tidur. Mula-mula kucing ni nampak takutkan orang dan bunyi bising, sekarang dah ok. Pandai memanja-manjakan diri pulak tu ..


                                    Tangan kiri dia terpotong paras siku ..


                                    Suka duduk atas tangga gaya macam ni ..


                                    Mula-mula sampai rumah lepas makan terus tidur ..


                         Dalam kereta dalam perjalanan balik ke rumah tidur atas riba, takut agaknya ..


                                    Makan whiskas junior sampai licin ..








~ badan lembut macam getah ..

 Macam tak percaya je melihat si jelita Meet Zalta dari Russia ni boleh melenturkan badannya sebegini hebat.























~ mudah tension, kenapa ek? ce cerita ..





  Kenapa selalu sangat tulis status TENSION. Susah sangat ke nak handle perasaan? Cuba cerita kat sini, kenapa mudah sangat tension. Susah sangat ke nak lapangakan dada atau terima kenyataan dengan apa yang terjadi....?