~ firdaus yang menjadi rebutan ..


Ya Allah Tuhanku, tidak layak bagiku menjadi penghuni syurga Firdaus mu..
tapi, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka..
terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku..
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar..
dosaku seperti jumlah pasir..
maka berilah aku taubat Wahai Pemilik Keagungan..
umurku berkurang setiap hari..
dan dosaku bertambah..
bagaimana aku menanggungnya Ya Tuhanku..
hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu..
mengakui dosa-dosaku dan telah memohon ampun pada-Mu..
seandainya Engkau mengampuni..
memang Engkaulah Pemilik Ampunan..
dan seandainya Engkau menolak taubatku..
kepada siapa lagi aku berharap selain kepada MU YA ALLAH

~ gendang 10 malam terakhir sudah dipalu ...

                                           gambar yg mengesankan> tQ sahabat .. 

   Gendang 10 malam2 terakhir Ramadhan sudah dipalu .. saat paling berharga dalam hidup setiap muslim tahun ni dah bermula. Malam Lailatul qadr. Malam yg lebih bermakna dari beribu2 malam. Ianya jangan dinanti atau tunggu. Kita sebagai hambanya mesti mengejar & memburu..

   Lakukan amalan zikir lebih banyak dan luar biasa. Baca al- Quran sebanyak mungkin. Taubat bersungguh2 dg berserta doa bersungguh2 dan  luar biasa... 


                                           gambar google> tQ

  Kepada  muslimat yg uzur, di malam 10 akhir Ramadhan ini masih boleh lagi beramal.  Mari berselawat sebanyak yg termampu.  Dengar keset @ cd al-Quran, zikir berterusan, jangan berhenti. Berdoa bersunguh2. Jangan putus asa, masih ada cara & peluang..


                                                  gambar google> tQ

   Barang siapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dikurniakan tiga perkara : 1- bersegera untuk bertaubat.. 2- ketenangan dan ketenteraman hati..  3- motivasi untuk beribadah. 

   Sebaliknya, barang siapa yang melupakan kematian, maka ia akan dihukum dengan tiga perkara : 1- menagguh-nangguh taubat.. 2- kegelisahan dan stress.. 3- rasa malas untuk beribadah..


                                           gambar google> tQ

  Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... jangan cicirkan nama kami dalam senarai muttaqin ..   





~ fadilat sembahyang ...


  Sabda Nabi Muhammad s.a.w ''Pertama-tama amal manusia yang dihisab di hari kiamat adalah sembahyang. Apabila sembahyangnya baik.. maka amal yang lain nya turut baik.. tetapi apabila sembahyang nya buruk.. maka seluruh amalan yang lain pun menjadi buruk.. wallahhua'lam.

~  Aneka pilihan dan berbagi rasa... pilih yang mana suka untuk berbuka puasa petang ini .. selamat menjamu mata :)  elakkan pembaziran ..


                                           


                                                    jus lobak


                                           pengat pisang


                                          ayam itam


                                           jeruk petai


                                           sup sayur


                                           lemak pekat kembung timun


                                           laksam


                                           sotong


                                           akok


                                           ayam percik


                                           bubur jagung


                                           budu


                                                     udang goreng tepong


                                                       tepong bungkus


                                           sup perut


                                           budu lagi


                                           gulai siput sawah


                                           goreng bende


                                           satay


                                           sambal daging


                                           lagi budu


                                           pajeri nenas


                                           nasi dagang


                                           nasi daun pisang


                                           telur masin


                                                    lompat tikam


                                           lala


                                           goreng kulat sisir


                                           mi tiau


                                           gulai lemak ketam



 Boleh buat pilihan yg mana satu juadah pilihan hati untuk berbuka petang nanti ....

~ sambal tumis bujang ..

                                              2 mangkuk minyak masak

  Tetiba je akak rasa nak makan sambal tumis.. Tapi sambal yg akak buat sendiri. Akak boleh buat, sedap tu tak laa, tapi boleh laa.. Cara membuatnya mudah amat, sebab akak buat bukan untuk meniaga nasik lemak, buat semangkuk untuk makan sendiri jee ..

  Kalau mana anak2 yg rasa nak belajar buat, jom boleh follow.. resepi akak ni, mungkin mula2 buat x berapa sedap, tapi kalau dah selalu buat, mesti lebih sedap daripada akak ..

  Resepi ni sebenarnya basic aja.. Kalau suka boleh tambah macam2. Ikan bilis boleh digantikan dg udang, kerang ataupun sotong. Ayam dan daging pun boleh gantikan ikan bilis. Lagi satu, pada yg suka petai tu, boleh bubuh petai sebagi penambah perisa.. Jering tua pun boleh.. kalau tak caya try ...


                                           gambar google > tQ

Bahan-bahannya..

1:  6 biji lada besar
 Akak pakai lada besar ni, bukannya apa. sebab dia kurang pedas. Jadi mana yg tak kuat pedas tu, boleh laah makan lebih sikit. Kalau nak lebih menyengat boleh tambah lada api ataupun lada kering..


2:  5 biji bawang besar..


3: 3 ulas bawang putih ..

4: 300gm ikan bilis yang sudah dibelah..
   Pilih ikan bilis yg berwarna putih sebab, isinya lebih lembut lebih sedap ..

5: 2 mangkuk minyak masak..


6: 2 keping asam..


                                             gambar google> tQ lada kisar

Cara-cara membuatnya:
 1: Kisar lada besar bersama dua biji bawang besar dan dua ulas bawang putih hingga hancur..
 2: 3 biji bawang besar lagi dibelah dua dan dihiris nipis..
 3: Panaskan kuali dg 2 cawan minyak masak ..
 4: Setelah minyak panas, masukkan bahan yg telah dikisar. Kacau sekejap masukkan ikan bilis, bawang hiris, asam keping dan dua cawan air, kacau. Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak rasa lebih manis boleh tambah gula, terpulang mengikut cita rasa sendiri yaaa ...

 Masa ni laa kalau nak masukkan petai boleh masukkan ..

Biarkan mendidih dg api kecil sehingga kering ... Sedia untuk di makannnn ...


                                          ngeeee ... sambal tumis bujang

  Sedap dimakan dg nasi lemak, nasi biasa, nasi pulut, dg roti pun boleh cuba .......... dannn enak dimakan begitu saja ... selamat mencuba ...


                                           gambar google ni > tQ

~ buat rendang sambil berdendang ..



  Hari ini akak nak share resepi rendang daging. Akak sebenarnya bukan pandai masak, akan tetapi kerana dah terasa mood raya semakin hampir, tetiba teringin je nak share resepi ni. Respi ni pun akak copy paste je, tapi 3 dari 4 gambar ni akak punya.. jangan maraaa...


                                           sedia untuk dihidangkan..

  Kepada yang berminat boleh cuba, special tau, senang banyak nak membuatnya..  terutama kepada orang yg sibuk dan tak minat duduk lama di dapur sesuai sangat laa ..

  Bahan-bahannya ..
  1: 2 kilo daging.
  Ikut suka lah daging ayam ke, daging kambing ke, daging unta, ke daging kuda ke, daging landak ke, daging lembu ke, daging rusa kijang ke... tetapi mesti dalam sukatan 2 kilo ya ..

   2: 1 kampit 400gm perencah Rendang Tok Pak Ngah.
  Perencah rendang lain boleh cuba, tapi akak tak jamin menjadi ke tak, macam yang akak buat ni ya ..
Perencah yg siap dimasak ni boleh di beli di kedai2 runcit ataupun mungkin ada dijual di pasaraya yg berhampiran rumah anda. Harganya tak  mahal, RM13 untuk 2 kilo daging..


                                           gambar google > tQ

  3: Santan kelapa.
  Santan kotak boleh, santan serbuk pun boleh, santan ori pekat lagi bagus, kalau rajin parut kelapa, perah je santan dlm kuantiti satu cawan. Kalau tak nak pakai santan pun ok gak.

   Cara-cara membuatnya..
   Potong daging ikut suka. Saiznya kecik beso ke, beso kecik ke, suka hati memasing.. Kemudian masukkan 2 kilo daging yg telah dipotong dan dibersihkan ke dalam kuali. Masukkan santan pekat. Tambah air sehingga tenggelam daging dlm kuali tu. Rebus dengan api perlahan sehingga empuk.


                                           telah dimasukkan perencah rendang

  Setelah empuk, air rebusan hampir kering masukkan Perencah Rendang Tok Pak Ngah. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Senduk sikit dg sudu kuahnya yg dah pekat berkilat tu, masukkan ke dalam mulut untuk merasa masin masamnya. Kalau orang yg tak kuat masin kompom dan terasa masinnya.

  Kalau masih tak terasa masin tak jadi hal boleh tambah garam. Kalau nak tambah gula pun tak pe, boleh.. apa2 hal ikut cita rasa memasing laa..

  Bila sudah puas hati, senduk ke dalam pinggan cantik yg banyak bunga di tepi, sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama beraneka jenis nasi, roti, pulut, lemang, roti canai, nasi impit, nasi dagang dan sedap juga dimakan begitu saja. Kesedapannya hingga menjilat jari ... kalau tak percaya cuba laaa


                                          label Perencah Rendang Tok Pak Ngah tu..


mudah, cepat, ringkas & sedappppp ....

~ nasi sejuk + telur mata ..

                                            gambar google > tQ

  Terkanjat akak tetiba terdengar bunyi benda jatuh dari ruang dapur. Akak terduduk sambil meraba handphone yg di letakkan di bawah bantal. Berat kelopak mata, puas nak pastikan nombor berapa yg ada pada screen hangphone tu.
 
  5:02am, alamak!! geram, geram, geram ... Kenapa akak terbabas ni. Boleh tak sedar langsung, padahal loceng jam dah set pukul 4:00am. Jam yg salah atau akakkah yg mmg mamai?

  Bingkas bangun masuk ke dapur. Kepala masih kosong, hanya terfikir nak makan sahur? nak makan sahur? nak masak apa? nak masak apa?...

  Akak ni bukannya apa, akak fikirkan ttg baby tua akak yg berumur 17 tahun tu. Dia ni kalau tak bersahur, akan bising sepanjang hari, macam baby yg baru belajar puasa. Laparlah, letihlah, lesulah, rasa nak minumlah, rasa nak makanlah, kenapa ibu x kejut sahur lah... bercapang telinga akak dibuatnya...

  Dalam dok mamai, sambil membetulkan kain di pinggang akak terpandang benda samar warna yg masih dlm plastik putih. Eh apa plak ni? akak sentuh, telurrrrrrrrr... oooo baru akak teringat akak beli telur ayam sepuluh biji petang semalam.

 'Goreng telur  je lah.. Tapi sempat ke masak nasi ni?' akak cakap sorang, sambil tangan menghidupkan api dapur utk memanaskan air, nak buat tea o ...


                                             gambar google > tQ


   'Emmm... masak maggi je lah, ada ke maggi lagi? rasanya dah lama tak beli maggi? akak cakap sorang lagi..

 Akak pusing belakang buka periuk nasi. Nasi semalam masih banyakk.

 Masa berjalan, akak pun malas nak fikir panjang.. masak telur mata je lah...

 Siap telur mata dua biji untuk baby tua akak. Nak makan ke? tak nak..? terpulang. Ada selera ke? tak de? lantak lah. Sebab janji sebelum tidur dg baby, akak nak masak mihoon goreng, ekekeke ...

 "Adik, ibu tak sempat masak, lewat bangun.." akak cakap dg baby yg melangok menghadap pinggan nasi. "Cepat makan sementara telur tu masih suam. Nah kicap, bubuh kicap bagi tambah rasa, sedappp .. hehehe.

  Terpisat-pisat adik menyuap nasi sambil bersulam tea o. "Ada nasi lagi bu?" sambil tersengih baby menghulur pinggan. "Tambah?" akak sambung. Baby tersengih. Bukan sekali tambah dua kali tambah.. hehehe

                                              gambar google > tQ