Laporan yang menjijikan mengenai mayat-mayat pasukan askar AS yang mati dalam perang di Iraq dibuang ditempat pembuangan sampah yang besar di Virginia, AS. Ini membuatkan ahli keluarga askar dan rakan-rakan seperjuangan mereka amat marah.
Berdasarkan investigasi, bilik mayat di pangkalan Angkatan Udara Dover di Delaware telah membuang sisa-sisa mayat pasukan askar berjumlah 274 mayat di King George Landfill iaitu sebuah tempat pembuangan sampah massal di AS antara tahun 2004 dan 2008.
Banyak yang dibuang itu dari bahagian tubuh mayat yang telah hilang, terbakar, terpotong-potong dan yang tidak sempurna lagi.
Berdasarkan laporan, mayat itu juga dipotong kerana susah untuk dimasukkan dalam seragam mereka sebelum dimasukkan ke dalam keranda.
Seorang balu Gary Linn Smith yang suaminya mati di Iraq berkata, tidak seharusnya ada manusia yang di tempatkan pembuangan sampah, tidak peduli apakah itu kukunya, kakinya, atau seluruh tubuh, sisa-sisa tubuh suaminya dibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun 2006 setelah kematiannya di Iraq.
Demikian sebuah kehinaan di dunia yang Allah tetapkan bagi mereka yang kafir dan zalim, dan di akhirat disiksa bagi mereka lebih mengerikan di neraka dan kekal selamanya.
Berbeza dengan para mujahidin yang syahid, jenazah mereka mengeluarkan wangi yang harum dan tidak membusuk, itulah kemuliaan dari Allah bagi para syuhada di dunia ini, dan di akhirat balasan bagi mereka adalah syurga dan kekal selamanya.
(siraaj/arrahmah.com)
No comments:
Post a Comment