~ fadhilat assalaamualaikummm...




Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk si atas pintu rumah.


Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri. Keraguan isteri terhadap kejujuran suami.


Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya kerana di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu..

~ Opium, Bunga Cantik yang Mematikan ..


Poppy adalah tumbuhan liar yang dikenal juga dengan nama Opium. Bila bunga-bunga Poppy yang hanya berumur beberapa hari itu sudah menjadi buah yang masak, penuai akan mulai menuainya dengan cara memotong tangkai buah tersebut. Di dalam buah yang kaya kandungan alkaloid tersebut, terdapat butiran-butiran benih kering sebesar kapsul. Benih inilah yang kemudian mulai dipasarkan.
Buah Poppy yang dilukai dengan pisau sadap akan mengeluarkan getah kental berwarna putih. Setelah kering dan berubah warna menjadi cokelat, getah ini dipungut dan dipasarkan sebagai opium mentah.
Opium mentah ini bisa diproses secara sederhana hingga menjadi candu siap. Kalau getah ini diekstrak lagi, akan dihasilkan “morfin“. Morfin yang diekstrak lebih lanjut akan menghasilkan “heroin“. Kalau diolah lagi akan menjadi narkotik murah seperti “sabu“.
Jika seseorang ketagihan, tubuhnya tidak akan mampu lagi menjalankan fungsi-fungsinya tanpa opium. Dia akan merasakan sakit yang luar biasa jika tidak dapat benda ini masuk ke tubuhnya. Kesehatannya akan menurun drastik. Otot-otot si pecandu akan layu, ingatannya lemah dan nafsu makannya menurun. Kedua matanya mengalami sianosis dan berat badannya akan terus menyusut. Si penagih ini akan mati cepat.

Ini apabila getah bunga Poppy di salah gunakan, tetapi jangan tidak tahu, ia sebenarnya banyak digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit.

~ mayat pasukan askar AS yang mati di Iraq dibuang ke tempat sampah ..



Laporan yang menjijikan mengenai mayat-mayat pasukan askar AS yang mati dalam perang di Iraq dibuang ditempat pembuangan sampah yang besar di Virginia, AS. Ini membuatkan ahli keluarga askar dan rakan-rakan seperjuangan mereka amat marah.
Berdasarkan investigasi, bilik mayat di pangkalan Angkatan Udara Dover di Delaware telah membuang sisa-sisa mayat pasukan askar berjumlah 274 mayat di King George Landfill  iaitu sebuah tempat pembuangan sampah massal di AS  antara tahun 2004 dan 2008.
Banyak yang dibuang itu dari bahagian tubuh mayat yang telah hilang, terbakar, terpotong-potong dan yang tidak sempurna lagi.
Berdasarkan laporan, mayat itu juga dipotong kerana susah untuk dimasukkan dalam seragam mereka sebelum dimasukkan ke dalam keranda.
Seorang balu Gary Linn Smith yang suaminya mati di Iraq berkata, tidak seharusnya ada manusia yang di tempatkan pembuangan sampah, tidak peduli apakah itu kukunya, kakinya, atau seluruh tubuh, sisa-sisa tubuh suaminya dibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun 2006 setelah kematiannya di Iraq.
Demikian sebuah kehinaan di dunia yang Allah tetapkan bagi mereka yang kafir dan zalim, dan di akhirat disiksa bagi mereka lebih mengerikan di neraka dan kekal selamanya.
Berbeza dengan para mujahidin yang syahid, jenazah mereka mengeluarkan wangi yang harum dan tidak membusuk, itulah kemuliaan dari Allah bagi para syuhada di dunia ini, dan di akhirat balasan bagi mereka adalah syurga dan kekal selamanya.
(siraaj/arrahmah.com)