~ Bila anak kucing kematian ibu ...


3 ekor anak kucing kematian ibu dibawa balik dari Nilai, sbb kalau tinggalkan di sana, siapa nak bagi susu..


Liza yang bawak dari Nilai sebenarnya, anak kucing ni ditinggalkan ibu belakang dapur rumah dia...


Susah juga nak ajar baby ni menyusu guna puting botol, kena ada minat, sabar dan rasa kasihan yg tinggi ...


Nak bagi 3 ekor kenyang dan tidur, amik masa sejam lebih..


Yang putih ni paling bising dan paling kuat menyusu...


Kiut sangat ...


Yang ni lagi kiut, siap baring & pakai selimut lagi ...


Yang putih ni paling lasak & lama menyusu. Puas hati bila tengok 3 anak kucing yatim piatu ni kenyang..

~ Adab bersikat & Nasihat Rasulullah s.a.w ..




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatanitu melemahkan akar rambut. 

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung.

Elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. 

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.