~ Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam ...


Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam
”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)
Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.
Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.
Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.
Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.
Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.
Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.
Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.
Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.
Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.
Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”
Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.
Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.
Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.
Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.
Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.
“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.

~ bila wanita dituduh merogol lelaki ...

Inilah Wajah Wanita-wanita Didakwa Rogol 17 Lelaki

Berita mengenai kumpulan wanita merogol lelaki di Zimbabwe menarik perhatian banyak pihak.
Mengapa wanita di negara berkenaan bertindak merogol lelaki tidak dapat dipastikan secara tepat, namun ada yang mengatakan ia ada kaitan dengan amalan ilmu tertentu.
Yang pasti, mereka merogol untuk mengumpul air mani para mangsa.
Walaupun jauh di Afrika, ia tetap menjadi perhatian dan bahan jenaka sampai ke negara ini.
Namun di Zimbabwe lain ceritanya, lelaki di sana sampai takut hendak menumpang kereta dengan perempuan.
Puluhan kes dilaporkan berlaku sejak berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar ‘pemburu sperma’, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Setakat ini, polis negara berkenaan telah menahan tiga wanita (termasuk dua adik-beradik) berhubung kejadian itu.
Mereka ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai dan didakwa memperkosa 17 lelaki.
Mereka dikenali Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
Kesemua mereka telah dibebaskan atas jaminan pada Oktober tahun lalu namun pendakwaan masih diteruskan.
Antara mangsa wanita-wanita berkenaan adalah remaja, anggota tentera dan polis.
Dalam setiap kejadian rogol, adakalanya mereka menggunakan kondom ke atas lelaki yang dirogol, manakala pada waktu lain memaksa mereka (dengan menghalakan muncung pistol ke arah mangsa) untuk melakukan hubungan seks tanpa sebarang bentuk perlidungan.
Mereka turut dibantu seorang rakan lelaki dikenali sebagai Thulani Ngwenya.
Di atas itu adalah gambar wanita-wanita berkenaan.
Boleh tahan cantik…rasanya ada lelaki yang rela dirogol kot?
GAMBAR: DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

~ cerita sebatang pensil & kipas angin..


 

 
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar - dakwat tidak akan mengalir ke bawah.

Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2
Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.

Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas barisan.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!




 


~ nak kurus? amalkan makan sembilan makanan penyedot lemak ..


Ketika anda berusaha mengurangi berat badan dengan melakukan diet... sebenarnya beberapa makanan biasa boleh membantu anda membakar lemak! Antaranya...

1. Tahu: Ini dapat membantu mencerna lemak yang tersimpan di dalam usus dan perut, juga untuk mengeluarkan lemak.

2. Rebung: Rendah lemak dan gula namun tinggi serat, rebung baik untuk mencegah konstipasi. Akan tetapi orang yang menderita ulkus (luka) perut harus kurangi makan rebung.

3. Sayur yang diasinkan: Lemak dari sayuran terhancurkan selama proses pengasinan. Akan tetapi, orang yang tubuhnya cederung menyimpan kelebihan cairan dan gas harus menghindarinya untuk mencegah tersimpannya cairan tubuh.

4. Tauge: Mengandung fosfor, zat besi dan banyak cairan. Ini dapat mencegah terbentuknya lemak di bawah kulit.

5. Pepaya: Membantu mengurangi kelebihan cairan dan gas yang tersimpan di dalam tubuh dan beri-beri. Juga memperbaiki persendian.

6. Nanas: Mengandung enzim untuk menghancurkan makanan berprotein tinggi, seperti ikan dan daging. 

7. Kulit jeruk yang dikeringkan: Tidak saja boleh membantu pencernaan dan melepaskan gas, juga dapat mengurangi tersimpannya lemak di dalam perut.

8. Sotong: Sangat rendah lemak sehingga berat anda tidak akan bertambah jika memakannya. Ini pilihan makanan yang tepat selagi diet.

9. Kangkung: Efektif bagi orang dengan berat badan yang bertambah kerana kelebihan menyimpan cairan dan gas.

~ Jangan suka menghukum ..













Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..


Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital. Saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik itu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat..? Kata si ayah lagi dengan marah..

Si doktor tersenyum lagi sambil berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tidak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik untuk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam. Tidak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor 2 sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!" Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya. "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik, dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Iktibar dari kisah ini > Jangan sekali-kali dan suka-suka menghukum orang lain tanpa usul periksa.